Aktres British Emma Watson mengecam perkahwinan dalam usia kanak-kanak sewaktu membuat kunjungan ke Malawi pada Isnin, serta menggesa pihak berkuasa di seluruh Afrika agar dapat menghentikan amalan itu.
Menurutnya, amalan tersebut meletakkan generasi muda dalam risiko, selain menghalang kanak-kanak perempuan mendapat pendidikan dan masa depan yang lebih baik.
Watson, 26, yang merupakan Duta Muhibbah Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melawat negara Afrika Tenggara itu sempena ambang sambutan Hari Anak Perempuan Antarabangsa.
Pada 2015, Malawi meluluskan undang-undang untuk menaikkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun dengan kerjasama antara PBB dan ketua-ketua masyarakat tradisional.
“Bertemu ramai kanak-kanak perempuan yang bergelut dengan kemiskinan dan dipaksa berkahwin dalam usia mentah, membuatkan saya sedar betapa pentingnya bagi wanita untuk membuat pilihan sendiri.
“Sangat mengujakan untuk melihat amalan yang berbahaya ini mampu dihentikan apabila masyarakat memberi kerjasama,” ujar Watson dalam satu kenyataan.
Data PBB menunjukkan bahawa di seluruh dunia, satu per tiga kanak-kanak perempuan di negara-negara membangun, tidak termasuk China, berkahwin sebelum menginjak usia 18 tahun.
Ia sekali gus menafikan zaman kanak-kanak dan hak mereka untuk bersekolah.
Walaupun Malawi kini mengharamkan perkahwinan kanak-kanak, terdapat kebimbangan bahawa ia masih boleh berlaku kerana mengikut adat.
Menurut data kempen Girls Not Brides yang berpangkalan di United Kingdom, 15 juta kanak-kanak perempuan terikat dengan perkahwinan di seluruh dunia.
Hari Anak Perempuan Antarabangsa yang diisytihar PBB disambut pada 11 Oktober untuk mempromosi hak asasi manusia bagi kanak-kanak perempuan.
Agensi
Tue Oct 11 2016

WATSON: Amalan yang berbahaya boleh dihentikan jika komuniti bekerjasama.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.

Emma Watson seru masyarakat hentikan amalan perkahwinan kanak-kanak
Menurut aktres itu, amalan tersebut meletakkan generasi muda dalam risiko, selain menghalang kanak-kanak perempuan mengecapi masa depan yang lebih baik.