BALU Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali enggan menerima pembayaran wang saman fitnah yang dibuat Ali Puteh pada Isnin disebabkan faktor keselamatan.
Perkara tersebut dijelaskan peguamnya, Mohamed Ibrahim Mohamad dalam satu video pendek di akaun Instagram Hidayah pada Rabu.
Jelas Ibrahim, anak guamnya itu telah menghubunginya sebaik Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan datang ke rumah Hidayah pada jam 6.30 petang dan membawa wang tunai berjumlah RM75,000.
“Puan Hidayah telah menghubungi saya untuk bertanya sama ada beliau boleh mengambil RM75,000 tersebut.
“Dari segi undang-undang tak ada masalah untuk Encik Ali membayar wang tersebut secara tunai tetapi saya mengambil kira pada waktu itu, apabila sejumlah wang sebegitu besar dibawa ke rumah Puan Hidayah, pada waktu senja dan urusan itu dibuat secara siaran langsung.
“Jadi semua orang akan tahu bahawa pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar yang akan disimpan di rumah Puan Hidayah dan wang tersebut tidak boleh dimasukkan sehingga keesokan hari di dalam bank,” ujarnya.
Justeru atas faktor keselamatan, Ibrahim telah mencadangkan agar wang itu dihantar ke firma guaman atau dimasukkan ke dalam akaun bank.
“Jadi atas faktor-faktor keselamatan, kami nasihatkan Encik Ali supaya wang itu di bawa ke firma guaman atau dimasukkan terus ke dalam akaun bank atau dibuat bank draf.
“Ini semua atas faktor keselamatan. Saya percaya puan Hidayah tidak ada niat apa pun untuk menolak kecuali mengambil kira faktor keselamatan,” jelasnya bersama Hidayah.
Semalam, Ali berkunjung ke rumah kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali bagi melunaskan bayaran berjumlah RM75,486.48 secara tunai kepada Hidayah seperti yang diperintahkan mahkamah.
Dalam kunjungan tersebut, Ali turut membacakan surat yang juga ditandatangani bersama kakak iparnya.
Bagaimanapun, urusan pembayaran hutang saman berkenaan masih belum selesai selepas pihak Hidayah mahu Ali melakukan transaksi tersebut melalui peguamnya.
Sebelum ini, Ali terpaksa menjual tujuh buah trofi yang pernah dimenanginya untuk mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang tersebut.
Antara yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar dan Projek Komedi Warna, sebuah motosikal jenis RXZ dan sebuah kereta Honda Accord.
Pada Mei 2020, Norhidayah, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu dalam akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.
Kes itu berpihak pada Hidayah dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari 2022 telah memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah.
Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia empat tahun.
Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 selepas dua hari mengalami demam.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 21 2024
![Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708514225_TBHIDAYAHCASH.jpg)
BALU Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali (kiri) bersama peguam, Mohamed Ibrahim Mohamad dalam satu video pendek di akaun Instagram Hidayah pada Rabu. - Foto Instagram
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708514225_TBHIDAYAHCASH.jpg)
Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan
Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali enggan menerima pembayaran wang saman fitnah yang dibuat Ali Puteh disebabkan faktor keselamatan.
![Ali Puteh kecewa diperdaya jadi duta ayam, tidak mahu pihak lain jadi mangsa Ali Puteh kecewa diperdaya jadi duta ayam, tidak mahu pihak lain jadi mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657878375_Aliputeh.jpg)
Ali Puteh kecewa diperdaya jadi duta ayam, tidak mahu pihak lain jadi mangsa
Pelawak Ali Puteh memberitahu dia tidak lagi ada kena mengena dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas dilantik sebagai duta April lalu.
![Jual ayam bukan sebab... - Ali Puteh mahu tutup buku lama Jual ayam bukan sebab... - Ali Puteh mahu tutup buku lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649217915_TBALIPUTEH.jpg)
"Jual ayam bukan sebab..." - Ali Puteh mahu tutup buku lama
Ada mendakwa puncanya dia perlu membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya.
![Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645159790_AliPutehdiperintah.jpg)
Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar
Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.
![Ibu Abam Bocey, Ali Puteh selamat dikebumikan Ibu Abam Bocey, Ali Puteh selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633075934_meninggaldunia.jpg)
Ibu Abam Bocey, Ali Puteh selamat dikebumikan
Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah malam semalam (Khamis).
![Alhamdulillah, selesai urusan faraid - balu Abam Bocey puas hati keputusan mahkamah Alhamdulillah, selesai urusan faraid - balu Abam Bocey puas hati keputusan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599721608_IsteriArwahAbam.jpg)
"Alhamdulillah, selesai urusan faraid" - balu Abam Bocey puas hati keputusan mahkamah
"Alhamdulillah, selesai urusan faraid,". Demikian reaksi balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali yang menzahirkan rasa puas hati dengan tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu.
![Balu Allahyarham Abam mohon maaf, wakilkan abang untuk jawab WhatsApp Balu Allahyarham Abam mohon maaf, wakilkan abang untuk jawab WhatsApp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582351229_1.jpg)
Balu Allahyarham Abam mohon maaf, wakilkan abang untuk jawab WhatsApp
Semoga semuanya selesai.
![Terasa sebak, genap seminggu Abam 'pergi' Terasa sebak, genap seminggu Abam 'pergi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41581828074_Abam.jpg)
Terasa sebak, genap seminggu Abam 'pergi'
Rumah arwah turut dipenuhi tetamu yang melawat isteri arwah, Siti Nurhidayah Md Ali, 28 dan ibu arwah, Sabariah Arshad, 63.
![Kalaulah Abam masih ada, tentu dia gembira - Isteri hamil lagi, Ali Puteh sebak kenangkan arwah abang Kalaulah Abam masih ada, tentu dia gembira - Isteri hamil lagi, Ali Puteh sebak kenangkan arwah abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581599543_AliSebak.jpg)
"Kalaulah Abam masih ada, tentu dia gembira" - Isteri hamil lagi, Ali Puteh sebak kenangkan arwah abang
Selang beberapa hari kehilangan abang tersayang, Ali Puteh menerima khabar isterinya hamil lagi.
!['Malam MLM 2019, Abam peluk saya lama-lama, dia kata' - Ali Puteh 'Malam MLM 2019, Abam peluk saya lama-lama, dia kata' - Ali Puteh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41581386430_ali-sedih-abam-meninggal.jpg)
'Malam MLM 2019, Abam peluk saya lama-lama, dia kata' - Ali Puteh
Itulah kenangan terakhir paling manis Ali bersama arwah abangnya...