Artis terkenal, Erra Fazira tidak pernah bertanya, jauh sekali mengorek lebih lanjut berita keruntuhan rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran dengan pelakon ternama Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Menurut artis jelita itu, memandangkan Engku Emran juga tidak berkongsi apa-apa mengenai masalah rumah tangganya, lalu Erra menyifatkan tidak manis untuk dia 'menyibuk' hal berkenaan.
“Saya tak campur hal rumah tangga mereka. Mereka pun tak pernah bercerita mendalam. Tipulah saya tak tahu pergolakan yang berlaku.
“Walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya, saya tak mahu korek. Cukup tahu sikit sikit di peringkat permukaan. Saya tak pernah tanya kenapa apatah untuk mengorek lebih lanjut
“Sebagai wanita kami ada berbicara menerusi teks, tapi hanya perkara-perkara umum sahaja, tidak begitu terperinci.
“Bella juga tidak bercerita lebih kepada saya. Memang kami rapat tapi tidaklah selalu berhubung,” kata Erra
menjawab pertanyaan media mengenai laporan perpisahan Engku Emran dengan Laudya Cynthia Bella baru baru ini.
Pelakon dan penyanyi kesayangan ramai itu menegaskan, dia amat percaya bahawa di sebalik keruntuhan rumah tangga Engku Emran yang juga bapa kepada anak mereka, Engku Aleesya dengan Laudya Cynthia Bella ada hikmah yang menanti.
“Dalam setiap pahit tu ada pasti hikmah dan manisnya. Allah uji kerana sayang. Ada ganjarannya itu. Bersabar saja
“Saya sedar anak saya pun sedih dengan berita itu. Dia pun sayang Bella. Saya percaya bapanya pun bersedih dengan apa yang berlaku,” kata Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 46,
berkongsi pendapat peribadinya.
BACA: Rumah tangga Bella, Engku Emran berakhir
Laudya Cynthia Bella pada 1 Julai lalu membuat pengakuan di laman media sosialnya bahawa rumah tangga dia dan Engku Emran sudah berakhir secara baik.
Kenyataan Laudya Cynthia Bella itu sekali gus melenyapkan pertanyaan peminat dan media mengenai status pasangan berkenaan ekoran pelakon terkenal itu sudah kembali menetap di Jakarta.
Baik Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella juga sudah tidak berkongsi sebarang foto mereka berdua di akaun Instagram sejak sekian lama menyebabkan pelbagai spekulasi diperkatakan.
Sementara itu, Erra mengakui, dia kembali jatuh cinta, namun, perasaan itu bukanlah merujuk pada bertemu buah hati baharu, sebaliknya, kecintaan itu adalah pada produk penjagaan rambut Faith Fleur yang melantiknya sebagai duta.
Kata seniwati tersohor tanah air itu, tiada apa yang mampu diungkapkannya selain bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk menjadi jurucakap bagi sesebuah produk.
“Saya percaya rezeki tidak salah alamat. Saya amat mensyukuri nikmat rezeki yang Allah panjangkan. Soal aktif atau tidak mahupun persaingan dengan artis generasi baru itu semuanya bersifat subjektif.
“Untuk masih dipandang relevan hingga diberi kesempatan menjadi wakil jenama produk, saya berterima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaaan,” katanya.
Astro Awani
Mon Jul 13 2020
Kata Erra Fazira, tidak manis buatnya untuk bertanya mengenai masalah rumah tangga bekas suaminya. - Gambar Astro AWANI
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
'Terima kasih kerana selama ini telah ...' - Noor Nabila
Berdepan dengan pelbagai dugaan dalam hidup, usahawan sensasi Noor Nabila mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang selama ini telah membantunya.
Erra Fazira doakan kebahagiaan Engku Emran, Noor Nabila
"Doa saya semoga (perkahwinan) mereka kekal hingga ke Jannah dan berbahagia zahir batin di dunia dan akhirat," kata Erra Fazira.
Cincin sebagai mas kahwin pengikat Noor Nabila, Engku Emran
Engku Emran menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin kepada Noor Nabila dan tiada sebarang dulang hantaran diberi dan dibalas.
Noor Nabila bergelar isteri Engku Emran
Noor Nabila terima mas kahwin sebentuk cincin daripada Engku Emran dalam majlis akan nikah pagi tadi.
Erra Fazira tidak campur hal rumah tangga Engku Emran
Erra tidak pernah bertanya lebih lanjut berita keruntuhan rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran dengan pelakon ternama Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
'Dia ada dua ibu, doa ibu yang hebat...' - Netizen puji sambutan hari lahir anak Erra Fazira
Kata Erra, tiada apa yang diharapkan melainkan Aleesya membesar dengan penuh kebahagiaan dan menjadi anak yang solehah.
"Happy Birthday Mom" - Laudya Cynthia Bella sambut hari lahir Erra Fazira
Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella menyambut hari kelahiran penyanyi Erra Fazira.
"Semoga boleh berempat" - Laudya Cynthia Bella hamil?
Laman sosial Instagram (IG) pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menjadi perhatian netizen apabila dia memuat naik entri seperti memberi bayangan sedang berbadan dua.
Laudya Cynthia Bella kongsi foto mesra bersama anak Erra Fazira
Foto tersebut jelas menunjukkan kemesraan dan keakraban Aleesya dan Bella.
Anak Erra Fazira, Engku Aleesya suka dengan imej terbaru ibunya
Anak tunggal Erra Fazira, Engku Aleesya gembira dengan imej terbaru ibunya kini yang sudah mula bertudung penuh.