SEBELUM ini program realiti, The House dihiasi dengan kemunculan selebriti seperti Fattah Amin, Alvin Chong, Wani Kayrie, Sarah Suhairi dan pelakon, Rozita Che Wan sebagai tetamu mereka.
Sedikit berbeza tahun ini, Astro Gempak membuat kelainan dengan menampilkan ikon fesyen berpengaruh dan sosialit masyhur, Ezurin Khyra sebagai tetamu baharu program tersebut.
Hampir setahun Astro Gempak menunggu untuk Ezurin membuat kemunculan, akhirnya beliau bersetuju untuk menyertai program realiti tersebut.
Menurut Ezurin atau lebih dikenali sebagai Princess E, apa yang membuatkan beliau bersetuju untuk berkongsi tentang ikatan erat kekeluargaan bersama putera dan puteri kerana kesemua mereka berada di Malaysia pada ketika itu.
"Anak-anak saya belajar di London, jadi disebabkan pandemik COVID-19, mereka pulang ke Malaysia, oleh sebab itu saya bersetuju untuk menyertai The House semasa mereka semua berada di sini," katanya
Pada masa sama,Ezurin yang sangat terkenal dengan penampilan fesyennya yang ekstravaganza, turut menyatakan semasa penggambaran dia sanggup membawa satu lori hanya untuk menampilkan gaya-gaya yang berbeza dalam program tersebut.
"Kalau tanya pasal baju, saya akan tukar tiga kali sehari, macam kita ambil makanan,
"Kalau ikutkan dalam program ini, saya bawa satu lori pakaian dan saya sendiri tak terkira berapa banyak baju yang saya bawa untuk jayakan program ini," katanya dalam sidang media The House yang diadakan secara maya.
Bukan sahaja pakaian, Ezurin juga tampil dengan gaya yang sangat berbeza pada setiap babak yang dijalankan di sekitar Hulu Langat selama 30 hari.
Selain Ezurin, program ini turut menampilkan kelima-lima anaknya iaitu Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.
Rakan karibnya, Magie Abang Saufi juga turut bersama-sama menjayakan program yang sudah masuk musim keenam.
The House akan bersiaran selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria(124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, pukul 9 malam.
Asyraf Roslan
Wed Oct 14 2020
The House akan bersiaran selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria(124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
'Abang, kita macam ada masalah je' - Keluarga terjah bulan madu Kamal & Uqasha
Adik-beradik Kamal dan Uqasha mengikut jejak mereka sehingga ke Kuala Terengganu untuk memberikan kejutan.
'Dapatlah 7 ekor' - Kamal Adli, Uqasha cerita pengalaman pertama kali candat sotong
Menurut Kamal, dapat bersama isteri melakukan aktiviti yang pertama kali dicubanya merupakan sesuatu yang akan diingati.
Ezurin Khyra kongsi kisah hidup peribadi dalam The House
"Kalau tanya pasal baju, saya akan tukar tiga kali sehari, macam kita ambil makanan." - Ezurin Khyra
Perlukah saya tidur sekatil dengan Fattah Amin? - Alvin Chong
Pelakon Alvin Chong akui risau apabila ditugaskan untuk menjalani penggambaran program realiti The House bersama aktor Fattah Amin.
Alvin Chong akui sukar berlakon dengan kura-kura
Pelakon Alvin Chong akui melalui pengalaman yang sukar apabila perlu berlakon bersama kura-kura dalam drama mini bersiri 3 Gadis Manis.
Ayda Jebat, Mira Filzah, Cristina Suzanne kini tinggal serumah
Selebriti Ayda Jebat, Mira Filzah dan Cristina Suzanne kini tinggal sebumbung di sebuah rumah di ibu kota Kuala Lumpur.
Aaisyah memang suka propa - Che Ta
Aktress Rozita Che Wan atau Che Ta akui anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana seorang yang suka mewujudkan drama dalam satu-satu situasi.
Che Ta tercabar Ammar nak tinggal di banglo, tak mahu rumah kecil
Aktress Rozita Che Wan atau Che Ta akui mula melakukan perubahan hidup selepas anak sulungnya, Ammar tidak mahu hidup susah ketika dia baru menjadi ibu tunggal lebih sepuluh tahun lalu.
Hamil lima bulan, Yaya Maembong elak kerja berat
Pelakon Yaya Maembong akui kurang melakukan kerja berat dan aktiviti lasak sejak hamil.
Apa Kamal Adli buat di banglo Emma Maembong?
Hubungan pelakon Emma Maembong dengan Kamal Adli bukan lagi rahsia, malah masing-masing telah mengakui mereka kini rapat dan sedang bersahabat baik.