AKTOR Farid Kamil tampil dengan tawaran pendamaian untuk memujuk isterinya, Diana Danielle sebagai salah satu usaha menyelamatkan keluarganya.
Tawaran berjumlah RM319,700 itu merangkumi beberapa aset termasuk sebuah kereta, barang kemas dan wang pendahuluan nafkah.
"Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran pendamaian sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.
"Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700.00 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami," katanya kepada Gempak.
Farid ditemui selepas proses sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa.
Tawaran itu berupa sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000.00; barangan kemas bernilai RM10,700.00; wang pendahuluan nafkah (Mac – Jun 2023) bernilai RM40,000.00; bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah telah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.00.
Terdahulu, Gempak melaporkan pasangan pelakon itu dinasihatkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk berdamai sewaktu sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.
Pelakon Imaginur itu memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Namun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Menurut peguam syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader, Mahkamah Tinggi Syariah juga mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak (interim) kepada Diana pada 24 Mac lalu.
Katanya, Diana juga membuat permohonan hadhanah itu pada 23 Mac lalu.
Pasangan pelakon popular itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012. -- Gempak
Gempak
Tue Apr 11 2023

Diana memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan. - Sumber foto Astro GEMPAK

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

#Gold: Farid Kamil bangga terpilih jayakan watak Rashid Sidek
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.

Fadzil temani Farid ketika rumah tangga bergolak
"Saya tahu jika dia (Farid) berseorangan ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, saya takut dia akan buat benda merepek."

Keputusan hadanah interim dua anak Farid Kamil, Diana Danielle 8 Ogos
Mahkamah menetapkan 8 Ogos depan untuk keputusan inter-parte bagi permohonan hak penjagaan sementara dua anak pasangan pelakon, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle.

Diana Danielle tolak tawaran perdamaian RM319,700, hanya mahu bercerai
Kata Akberdin, anak guamnya tekad dengan keputusannya untuk mengakhiri perkahwinannya bersama suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil, 42.

Farid Kamil pujuk Diana Danielle, tawar pendamaian harta dan tunai RM319,700
Aktor Farid Kamil tampil dengan tawaran pendamaian untuk memujuk isterinya, Diana Danielle sebagai salah satu usaha menyelamatkan keluarganya.

30 Mei sebutan kes hadanah interim Farid Kamil, Diana Danielle
Mahkamah turut melanjutkan perintah interim hadanah secara ex-parte (satu pihak) kepada pelakon Gol & Gincu itu sehingga 30 Mei.

Diana Danielle dapat hak jagaan sementara dua anak
Keputusan berkenaan dibuat selepas pelakon "Imaginur" ini membuat permohonan hadanah pada 23 Mac lepas.

Farid Kamil dipenjara sembilan bulan
Rayuan Farid Kamil untuk ketepi hukuman penjara ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam

Farid Kamil tampar pipi, tendang kemaluan saya - Saksi
Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun polis sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain.

Farid Kamil diingatkan tidak keluar kenyataan berkaitan kes
Majistret Nor Ariffin Hisham membuat teguran itu terhadap Farid, 37, ketika prosiding sebutan semula kesnya di mahkamah hari ini.