Pelakon tempatan, Fasha Sandha telah membuat laporan polis ke atas bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli di Balai Polis Ampang, Selangor pada petang Isnin.
Fasha dipercayai mengambil tindakan tersebut berikutan gangguan yang dialaminya daripada Rizal, lapor beberapa portal berita pada Selasa.
Ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, pelakon berusia 32 tahun yang sedang menjalani penggambaran drama telenovela 100 episod berjudul, Lara Aishah itu enggan untuk mengulas secara terperinci tentang dakwaan itu.
Namun, Fasha tidak menafikan mengenai laporan polis yang dibuat.
“Maaf, saya tidak dibenarkan memberi sebarang komen buat masa ini di atas arahan peguam saya, Encik Zulkifli Che Yong.
“Segalanya saya serahkan kepada peguam saya,” kata Fasha ringkas kepada Astro AWANI menerusi aplikasi WhatsApp.
Portal Mstar hari ini melapor, Rizal, 40, sering memasuki kediaman Fasha tanpa kebenaran dan menganggu kehidupan wanita itu.
Fasha kemudian mengambil tindakan itu sebagai perlindungan diri.
Fasha dan Rizal mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan pada 20 Januari lalu.
Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
BACA: 'Perkahwinan bahagia perlu ada restu keluarga' - Fasha Sandha
BACA: Saya tak bercadang kembali bersama Jejai atau keluarganya - Fasha Sandha
BACA: Anak saya mungkin tidak dapat semuanya, tetapi mereka ada ibu - Fasha Sandha
Kohilah Sekaran
Tue May 17 2016
Pelakon tempatan, Nur Fasha Sanda Hassan dilapor membuat laporan polis ke atas bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli pada petang Isnin. - Gambar fail
Wakil rakyat kena 'buta warna' - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan wakil rakyat supaya memberi perkhidmatan tanpa mengira fahaman politik.
Malaysia negara ASEAN pertama bakal bangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza
Projek ini melibatkan sinergi pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi negeri, badan wakaf, NGO, dan rakyat Malaysia.
Tiga PSS di Lahad Datu, lebih 330 penduduk terjejas
Lebih tiga ribu penduduk terjejas akibat banjir di Lahad Datu dan hari ini satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kolej Vokasional Lahad Datu.
Semua aset telah digerakkan ke kawasan terjejas di Sarawak
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, semua aset bantuan telah dgerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas di Sarawak.
[TERKINI] PM arah NADMA perkemas penyelarasan kekuatan jentera
Perdana Menteri sudah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri.
[TERKINI] 110 tahanan warga Palestin dijangka dibebaskan
Pihak berkuasa Israel dilaporkan akan membebaskan 110 tahanan termasuk 30 kanak-kanak sebagai sebahagian daripada pertukaran dalam perjanjian gencatan senjata Gaza yang dipersetujui dengan Hamas.
Sikap berwaspada penting dalam meningkatkan keselamatan komuniti - Lee Lam Thye
Orang ramai perlu sentiasa peka terhadap sebarang bahaya atau aktiviti mencurikan yang berlaku di sekitar mereka.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara, sekolah aliran itu tidak akan terkecuali daripada diberi perhatian oleh kerajaan.
Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.
Bryan tinggalkan skuad terjun Malaysia, negara Asia jadi pilihan
Bryan menghantar surat perletakan jawatan pada 23 Disember lepas, dan secara rasmi menamatkan tugasnya bersama skuad kebangsaan pada 22 Januari.
'Saya bersyukur hajat Aidil untuk cepat dapat anak termakbul' - Fasha
Pelakon Fasha Sanda sempat merakam kejutan istimewa untuk memaklumkan berita kehamilannya yang berusia tiga minggu kepada suaminya, Aidil Aziz.
10 selebriti bakal gegar 2019: Apa kejutan Sajat tahun depan?
Astro AWANI menyenaraikan 10 selebriti yang dilihat akan dan terus menyerlah pada 2019.
"Soon kita dapat cuti bersama," kata Fasha buat tunang
Baik Fasha dan Aidil, mereka terbuka berkongsi romantis mereka di laman sosial masing-masing.
"Saya tak perasan" - Fasha Sandha ulas isu foto seksi
Baru-baru ini, sekeping foto milik pelakon cantik Fasha Sandha menjadi bualan apabila netizen mendakwa cara berpakaiannya terlalu seksi.
Saya Masih Single & Bahagia Dengan Anak-Anak - Fasha Sandha
Pelakon drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha akui masih solo dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Fasha Sandha enggan ulas laporan polis tentang gangguan bekas suami
Pelakon tempatan, Nur Fasha Sandha Hassan dilapor membuat laporan polis ke atas bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli pada petang Isnin di Balai Ampang, Kuala Lumpur.