PELAKON dan penyanyi Fazura kini melebarkan sayapnya ke Indonesia apabila mendapat tawaran berlakon lima buah filem di sana.
Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 33, berkata dia kini kerap ke negara jiran itu demi tugasan seninya.
“Alhamdulillah rezeki saya murah di Indonesia sekarang. Kini hampir setiap dua bulan saya akan ke sana.
"Insya-Allah bulan depan saya bakal menjalani penggambaran filem ketiga di sana.
"Malah, secara kasarnya untuk tahun hadapan sahaja saya sudah menerima lima tawaran untuk membintangi filem di sana,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui.
Fazura sebelum ini telah menjalani penggambaran filem Warkop Reborn di Indonesia pada Jun baru-baru ini.
Pelakon yang popular menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu memberitahu buat masa ini dia mahu fokus kerjayanya di sana selagi ada peluang.
"Buat masa ini, saya akui saya menerima banyak tawaran berlakon di sana berbanding di Malaysia.
"Saya pun faham keadaan industri filem Malaysia yang semakin menurun, ditambah pula dengan masalah ekonomi yang kita alami sekarang," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fazura bakal merakamkan album baru yang akan berkolaborasi dengan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani.
Gempak
Tue Nov 08 2016

Pelakon yang popular menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu memberitahu buat masa ini dia mahu fokus kerjayanya di sana selagi ada peluang.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Hujan renyai iringi pengebumian jenazah Mohamad Fahmi Hafiz
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Permatang Binjai jam 2.45 petang selepas solat Jumaat yang dihadiri kira-kira 150 jemaah.

Ramsay dedah ratusan patung 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharu
Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharunya di London.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Fazura dapat hak jagaan Fatima, Fattah diberi hak lawatan bermalam dua kali sebulan
Pelakon, Fattah Amin bersetuju memberikan hak penjagaan anaknya iaitu Nur Fatima Aisya kepada bekas isterinya, Nur Fazura Sharifuddin.

“Saya ada jumpa Fatima cuma keadaan dia tak sama” - Fattah Amin
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.

Puisi buat Fatima, Fazura puji Puteri Balqis
Puisi istimewa nukilan pelakon berbakat besar, Puteri Balqis kepada anak Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya mendapat perhatian.

Rosyam Nor buat laporan polis terhadap individu kaitkannya dalam Isu cerai Fattah-Fazura
Rosyam Nor membuat laporan polis susulan namanya dikaitkan sebagai pernah menasihati aktor Fattah Amin sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Fazura tidak setuju lagu duet dengan Fattah, 'Bertahan Demi Cinta' dipasarkan
Fazura Tidak Setuju Lagu Duet Dengan Fattah, Bertahan Demi Cinta Dipasarkan

Dr Zulkifli nasihat pasangan bercerai elak buka aib, jangan cederakan emosi anak
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.

Fattah-Fazura bakal lancar rakaman awal lagu duet ‘Bertahan Demi Cinta’
Bekas pasangan selebriti sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura dikatakan bakal melancarkan lagu duet baharu berjudul Bertahan Demi Cinta.

Buka aib Fattah Amin, Fazura boleh dikenakan perintah hina mahkamah - Peguam
Pelakon, Fazura boleh dikenakan perintah menghina mahkamah kerana tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin.

“Janganlah main sentimen itu" - Fattah ada bukti transaksi nafkah untuk Fazura, Fatima
Pelakon Fattah Amin kesal dengan kenyataan bekas isterinya, Nur Fazura yang mendakwa dirinya mengabaikan tanggungjawab tidak memberikan nafkah.

“Tohmahan Fazura untuk malukan saya” - Fattah terkejut dakwaan bekas isteri
Kata Fattah, sebelum bercerai, dia dan Fazura bersetuju untuk saling menjaga aib dan tidak cemarkan nama masing-masing.