Filem 'Orang Itu' dihasilkan bagi memberikan kesedaran mengenai masyarakat terpinggir kata Presiden dan Pengasas Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis Low Ngai Yuen.
Filem itu merupakan antara filem yang ditayangkan di auditorium Kompleks Mahkamah berusia 145 tahun, bersempena Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 (AIFFA).
Festival tiga hari ini meraikan filem-filem terbaik di rantau ASEAN, mengumpulkan pembuat filem dan pelakon dirantau ini dalam satu bandar.
"Melalui filem 'Orang Itu' yang menampilkan Sofia Jane, Carmen Soo dan KK Wong, kami mahu memaparkan stigma dan diskriminasi dihadapi mereka yang tidak mempunyai rumah, dan masyarakat yang terpinggir di Malaysia, yang berhadapan risiko dijangkiti hepatitis disebabkan kekurangan pengetahuan dalam asas penjagaan kesihatan dan pendidikan.
"Kami mahu perbincangan dan tindakan segera mengenai isu ini," kata Low dalam sesi soal jawab selepas tayangan filem itu malam tadi.
Filem itu turut dilakonkan Sawyer Leong, Redza Minhat, Nam Ron, Tony Eusoff, Rashid Khalid dan Vanidah Imran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2019

Filem 'Orang Itu' dilakonkan Sawyer Leong, Redza Minhat, Nam Ron, Tony Eusoff, Rashid Khalid dan Vanidah Imran.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu
Ia bertujuan memerangi maklumat palsu dan berfungsi sebagai platform untuk rakyat semak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.

Filem 'Orang Itu' bawa suara masyarakat terpinggir
Filem itu merupakan antara filem yang ditayangkan bersempena Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 (AIFFA).