KUCHING: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Sarawak hari ini menganjurkan program tayangan filem dan apresiasi sempena Hari Seniman Kebangsaan.
Filem seniman agung tanah air Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Anakku Sazali menjadi filem pilihan program yang diadakan di Auditorium Finas Sarawak di Jalan Sultan Tengah di sini.
Pengarah Finas Borneo Mohammad Rizal Mohamed Yunus berkata, acara tersebut diadakan bagi mendedahkan masyarakat kepada filem arahan P. Ramlee selain membincangkan serta mendalami nilai-nilai baik yang boleh menjadi pengajaran kepada penonton.
Jelasnya walaupun karya-karya P. Ramlee sudah lama diterbitkan namun ia masih relevan dan menjadi ingatan sehingga hari ini.
Malah tambahnya filem Allahyarham juga masih menjadi rujukan pembikin filem terutamanya dari aspek teknikal seperti jalan cerita dan juga skrip.
"Ini menunjukkan kita masih melihat filem P. Ramlee sebagai satu rujukan malah mampu memberi satu inspirasi buat generasi akan datang," katanya semasa menjadi panel program apresiasi yang membincangkan karya P. Ramlee pada acara berkenaan.
Sementara itu, Presiden Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak, Datuk Dr Adi Badiozaman Tuah berkata filem Anakku Sazali yang dikeluarkan pada tahun 1956 itu menunjukkan bahawa didikan yang baik seperti menjaga adab dan akhlak penting dalam mencorak sikap seseorang individu.
"Daripada filem ini kita boleh belajar bahawa mengasuh anak adalah tanggungjawab ibu bapa dan keluarga, mendidik bangsa adalah tanggungjawab masyarakat dan membentuk generasi muda berwibawa adalah tanggungjawab bersama," katanya yang turut menjadi panel pada acara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Walaupun karya-karya P. Ramlee sudah lama diterbitkan namun ia masih relevan dan menjadi ingatan sehingga hari ini. - Gambar fail/WIkipedia
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Genap 51 tahun dijemput Ilahi, ini karya agung Tan Sri P Ramlee yang ‘mendunia’
Tanggal 29 Mei akan selalu dikenang sebagai tarikh berpulangnya figura seni Allahyarham P Ramlee yang sudah mengharumkan nama Malaysia di dunia.

Keuzuran Sazali P Ramlee dapat perhatian Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad ziarah anak Seniman Agung P Ramlee, Sazali di kediamannya.

RM50,000 diperlukan untuk baik pulih piano P. Ramlee
Sebanyak RM50,000 lagi diperlukan untuk membaik pulih piano milik Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

"Kalaulah arwah P. Ramlee masih ada..."
Sudah lebih empat dekad beliau pulang bertemu Yang Maha Esa.