FILEM Pulau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi filem seram Malaysia nombor satu di Kemboja apabila berjaya meraih kutipan lebih RM700,000 sejak ditayangkan di negara itu pada 22 Jun lalu.
WebTVAsia, syarikat terkemuka dalam ekonomi pencipta Asia dan studio kandungan premium dengan kerjasama Westec Media iaitu pengedar filem terbesar di Kemboja mengumumkan filem tersebut juga memegang rekod untuk pembukaan paling besar pada hari pertama, hujung minggu pembukaan, minggu kedua dan minggu ketiga bagi filem Malaysia di Kemboja.
Selain daripada tayangan di panggung wayang, Pulau juga dipilih untuk Festival Filem Antarabangsa Kemboja 2023 dan menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia.
Filem seram lakonan Amelia Handerson, Alif Satar dan Ikmal Amry itu turut ditayangkan di Vietnam (juga menjadi filem Malaysia dengan keuntungan tertinggi sepanjang masa), Indonesia, Singapura dan Brunei.
Memanfaatkan kejayaan Pulau di Kemboja, WebTVAsia dan Westec Media menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan rangkaian pengkarya digital bersijil YouTube pertama di Kemboja di bawah payung MCN WebTVAsia.
Kerjasama WebTVAsia-Westec Media menandakan era baharu peneraju hiburan Malaysia di Kemboja dan rantau ini. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 26 2023

Selain daripada tayangan di panggung wayang, Pulau juga dipilih untuk Festival Filem Antarabangsa Kemboja 2023 dan menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia. - Sinar Harian

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Filem Pulau catat sejarah di Kemboja
Filem Pulau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi filem seram Malaysia nombor satu di Kemboja apabila berjaya meraih kutipan lebih RM700,000 sejak ditayangkan di negara itu.

Filem Pulau: Treler di media sosial luar bidang kuasa LPF
LPF memaklumkan terdapat beberapa kriteria yang akan dinilai sebelum membuat keputusan ke atas penapisan kandungan filem.

Treler filem 'Pulau' tidak sesuai ditayangkan - Fahmi
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak LPF yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.