PENYANYI Kelly Clarkson mengakui pernah diugut untuk bekerjasama dengan penerbit muzik yang dilaporkan terlibat dalam kes gangguan seksual dan keganasan terhadap penyanyi Kesha.
Clarkson berkata beliau dipaksa untuk berganding bahu dengan Lukasz Sebastian Gottwald untuk lagu ‘My Life Would Suck Without You’ pada tahun 2009.
Sebelum itu, mereka turut bekerjasama untuk lagu-lagu popular Clarkson seperti “Since U Been Gone” dan “Behind These Hazel Eyes”.
BACA: Susulan dakwaan kes gangguan seksual, Kesha tetap 'milik' Sony
BACA: #FreeKesha: Taylor Swift sumbang $250,000 kepada Kesha
“Pihak RCA Records berkata mereka tidak akan menerbitkan album jika saya tidak melakukan ini (bekerja dengan Gottwald). Ia merupakan situasi yang sukar untuk saya dan saya cuba melakukan yang terbaik dalam situasi itu,” kata Clarkson kepada sebuah program radio di Australia.
Clarkson turut berkata Gottwald sebagai seseorang yang tidak jujur dan suka menipu.
“Saya senang bergaul dengan semua yang bekerja dengan saya. Namun beliau (Gottwald) bukan lelaki yang baik.
“Susah untuk bekerja dengan beliau dan beliau sering merendahkan martabat (artis),” kata Clarkson.
Namun, Clarkson menegaskan bahawa situasi beliau berbeza dengan pengalaman Kesha.
BACA: #FreeKesha: Warkah penuh inspirasi Kesha kepada mangsa dera, penganiayaan
Pada Februari, keputusan mahkamah untuk tidak membebaskan penyanyi antarabangsa Kesha daripada kontraknya bersama sebuah label dibawah syarikat rakaman gergasi, Sony mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.
Ia berikutan kes mahkamah antara Kesha dan Gottwald atas kes gangguan fizikal dan seksual.
Hakim Shirley Kornreich berkata tiada cukup bukti perubatan dalam kes ini.
Syafique Shuib
Tue Mar 08 2016

Kelly Clarkson akui pihak label pernah ugut untuk tidak terbitkan album jika tidak bekerjasama dengan penerbit muzik Lukasz Sebastian Gottwald.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kelly Clarkson, Zac Efron antara bakal penerima bintang Hollywood Walk of Fame
Mereka antara 35 bintang yang diumumkan bakal menerima penghormatan dari Hollywood Chamber of Commerce itu.

Filem animasi Ugly Dolls bawa satu mesej unik untuk anda
Adakah hanya yang sempurna akan mendapat tempat di dalam dunia?

Pink, Kelly Clarkson beri nafas baru dalam album The Greatest Showman Reimagine
Menampilkan artis-artis terkemuka seperti Pink , Kelly Clarkson, Panic! at the disco , Kesha dan ramai lagi dalam album ini bagi menyanyikan semula runut bunyi filem tersebut dengan nafas baru.

#FreeKesha: Penyanyi Kelly Clarkson diugut
Kelly Clarkson akui pihak label muzik pernah menggugut untuk tidak terbitkan album jika tidak bekerjasama dengan penerbit muzik, Lukasz Sebastian Gottwald.

Persembahan penuh emosi Kelly Clarkson di pentas American Idol
Dengan lirik yang begitu mendalam, Clarkson tidak dapat menahan emosinya dan terpaksa berhenti seketika sebelum meneruskan persembahan.

Kelly Clarkson bakal kembali ke pentas 'American Idol'
Juara musim pertama 'American Idol' Kelly Clarkson akan kembali sebagai hos jemputan untuk konsert mingguan pertama musim ke-15.

'A Moment Like This' versi Shila Amzah
Penyanyi yang semakin popular di China akan menyanyi lagu Kelly Clarkson versi Mandarin.