PENYANYI Fyna Jebat menjelaskan, suaminya, Datuk Zainal Abidin memberikan sokongan penuh dan membenarkan dia untuk kembali aktif menyanyi semula.
Kata Fyna atau nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29, suaminya yang juga bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan sangat memahami minatnya dalam bidang nyanyian.
Malah, Zainal tidak menetapkan sebarang syarat atau kekangan buat adik kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat itu.
“Alhamdulillah, baik datang dari keluarga, suami, peminat dan semua yang mengenali saya, mereka sangat menyokong untuk saya kembali aktif menyanyi semula.
“Suami saya dia bagi je untuk saya kembali menyanyi sebab dia tahu minat saya memang menyanyi.
“Dia pun tiada letakkan sebarang syarat kepada saya. Dia sokong sahaja apa yang saya buat. Asalkan mana yang terbaik untuk saya, dia ok,” katanya kepada Gempak.
Fyna berkata demikian usai dia dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua sebuah acara nyanyian yang disertai bersama kakaknya, Ayda pada Ahad.
Dalam pada itu, ditanya adakah dia sudah boleh membiasakan diri dengan kritikan netizen susulan pendedahan secara mengejut dirinya sah bergelar isteri kedua kepada Zainal, Fyna berkata, dia mengambil segala komen tersebut untuk memperbaiki diri.
“Saya tahu banyak komen negatif dan ada juga positif yang diberikan kepada saya. Secara peribadi, apa yang baik saya ambil dan apa yang tak baik pun saya ambil agar dapat perbaiki diri sendiri.
“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan saya. Saya pun mendoakan yang terbaik kepada mereka semua di luar sana,” tambahnya.
Terdahulu, pendedahan Fyna sudah berkahwin dengan Zainal pada Januari lalu telah mengejutkan ramai pihak.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
* Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Tue Feb 07 2023
![Fyna Jebat dapat sokongan suami untuk kembali menyanyi Fyna Jebat dapat sokongan suami untuk kembali menyanyi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675742979_ZainalAbidin.jpg)
Nur Syafinaz Jebat atayu Fyna Jebat berkata, suaminya Datuk Zainal Abidin yang juga bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan sangat memahami minatnya dalam bidang nyanyian. - Gambar GEMPAK
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739955408_NgSzeHan.jpg)
Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.
![Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739958065_HajijiNoor.jpg)
Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
!['Pergi makan, berjumpa untuk...' - Zainal Abidin dedah status rumah tangga dengan Fyna Jebat 'Pergi makan, berjumpa untuk...' - Zainal Abidin dedah status rumah tangga dengan Fyna Jebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692694105_zainalabidin.jpg)
'Pergi makan, berjumpa untuk...' - Zainal Abidin dedah status rumah tangga dengan Fyna Jebat
Zainal akhirnya tampil mengakui dia sememangnya ada berjumpa dan keluar makan bersama Fyna untuk berbincang beberapa masalah yang berbangkit antara mereka.
![Anak dakwa Zainal Abidin, Fyna Jebat sudah bercerai? Anak dakwa Zainal Abidin, Fyna Jebat sudah bercerai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684319328_ZainalAbidin.jpg)
Anak dakwa Zainal Abidin, Fyna Jebat sudah bercerai?
Nama penyanyi Fyna Jebat kembali menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa sudah bercerai dengan suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan.
![Fyna Jebat syukur hubungan dengan madu kini baik selepas insiden gaduh di restoran Fyna Jebat syukur hubungan dengan madu kini baik selepas insiden gaduh di restoran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679111093_FynaJebatSyukur.jpg)
Fyna Jebat syukur hubungan dengan madu kini baik selepas insiden gaduh di restoran
Fyna memberitahu dia dan madunya sudah menarik balik laporan polis yang membabitkan kes pergaduhan mereka pada Januari lalu.
![Fyna Jebat dapat sokongan suami untuk kembali menyanyi Fyna Jebat dapat sokongan suami untuk kembali menyanyi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675742979_ZainalAbidin.jpg)
Fyna Jebat dapat sokongan suami untuk kembali menyanyi
Datuk Zainal Abidin tidak meletakkan sebarang syarat kepada isteri baharunya itu aktif dalam dunia seni suara.