AKTRES veteran Hollywood, Honor Blackman dilapor meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Sussex, England pada Isnin.
Bintang filem yang pernah memegang watak gadis Bond dalam "Goldfinger" pada tahun 1964 itu meninggal dunia pada usia 94 tahun, lapor The Guardian.
Selain menjadi gadis Bond, Honor turut berlakon dalam siri televisyen "The Avengers".
Keluarganya dalam satu kenyataan menulis: "Dengan rasa dukacitanya kami mengumumkan kematian Honor Blackman pada usia 94 tahun.
"Mendiang pergi dengan tenang di kediamannya di Lewes, Sussex, dikelilingi oleh ahli keluarganya.
"Mendiang sangat disayangi dan pasti dirindui dua anaknya Barnaby dan Lottie, serta cucu-cucunya Daisy, Oscar, Olive dan Toby."
Penerbit filem Bond, Michael G Wilson dan Barbara Broccoli dalam satu kenyataan di Twitter berkata: "Hari ini kita meratapi pemergian ikon filem, Honor Blackman yang akan selamanya diingati sebagai Pussy Galore dalam' Goldfinger'.
"Mendiang seorang yang berbakat besar dan ahli keluarga Bond yang amat disayangi.
"Takziah kepada keluarga mendiang."
Selain Bond dan The Avengers, Honor turut berlaokn dalam filem "Jason and the Argonauts" dan "The Upper Hand."
Astro Awani
Mon Apr 06 2020

Honor Blackman meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Sussex, England pada Isnin.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Gadis Bond 007 Honor Blackman meninggal dunia
Bintang filem yang pernah memegang watak gadis Bond dalam Goldfinger pada tahun 1964 itu meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Billie Eilish terharu diberi penghormatan cipta lagu tema James Bond
Menurut penerbit filem Bond menerusi akaun Twitter rasmi @007, Eilish mengikuti jejak langkah Adele, Madonna, dan Paul McCartney untuk tugasan itu.

Gadis Bond dari filem 'Thunderball' Claudine Auger meninggal dunia
Claudine Auger, gadis Bond Perancis pertama meninggal dunia pada usia 78 tahun di kediamannya di Paris, pada Khamis.

Daniel Craig alami kecederaan, penggambaran Bond 25 terpaksa ditangguh
Pengambaran filem terbaharu James Bond, Bond 25 terpaksa ditangguhkan apabila pelakon utama filem tersebut, Daniel Craig dikhabarkan mengalami kecederaan.

James Bond: Tiada versi kulit hitam, wanita mungkin - Idris Elba
Adakah anda berminat untuk melihat watak Bond bukan lelaki? Ia mungkin wanita kulit hitam atau putih?

David Beckham nafi khabar bakal berlakon dalam filem James Bond
David Beckham menafikan khabar angin bakal membintangi filem baharu James Bond sebagai ejen 007.