ANUGERAH Emmy yang ke-71 menyaksikan kemenangan besar buat dua drama siri Game of Thrones dan Fleabag.
Musim terakhir siri Game of Thrones itu berjaya menang 10 anugerah termasuk Drama Bersiri Terbaik dan Anugerah Pelakon Pembantu Drama Siri Terbaik menerusi Peter Dinklage.
GoT juga membolot kemenangan dalam lapan kategori teknikal seperti Suntingan Terbaik bagi episod “The Long Night”, Adunan Suara terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik.
Manakala kemenangan yang mengejutkan ramai, siri komedi Fleabag berjaya membolot anugerah Siri Drama Komedi Terbaik, Penulisan Siri Komedi Terbaik sementara pengarahnya Harry Bradbeer dinobatkan sebagai Pengarah Siri Komedi Terbaik.
Sementara itu, pelakonnya Phoebe Waller-Bridge, berjaya bawa pulang anugerah Pelakon Wanita Siri Komedi Terbaik mengalahkan Natasha Lyonne menerusi siri drama Russian Doll.
Anugerah Emmy ke-71 berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (waktu tempatan).
Senarai pemenang Anugerah Emmy 2019 :
Drama Bersiri Terbaik – Game of Thrones (HBO)
Drama Siri Komedi Terbaik – Fleabag (Amazon)
Pelakon Komedi Terbaik : Bill Hader - Barry
Pelakon Wanita Komedi Terbaik : Phoebe Waller - Bridge ( Fleabag)
Pelakon Wanita Drama Siri Terbaik – Jodie Comer (Killing Eve)
Pelakon Lelaki Drama Siri Terbaik – Billy Porter (Pose)
Pengarahan Drama Siri Terbaik – Jason Bateman (Ozark)
Pelakon Pembantu Wanita Drama Siri Terbaik – Julia Garner (Ozark)
Pelakon Pembantu Lelaki Drama Siri Terbaik – Peter Dingklage (Game of Thrones)
Penulisan Drama Siri Terbaik – Jesse Armstrong (Succession)
Siri Bual Bicara Terbaik – Last Week Tonight with John Oliver
Drama Siri Episod Terhad Terbaik – Chernobyl
Pelakon Wanita Terbaik dalam Episod Terhad atau Filem TV – Michelle Williams (Fosse/Verdon)
Pelakon Lelaki Terbaik dalam Episod Terhad atau Filem TV – Jharrel Jerome (When They See Us)
Filem TV Terbaik – Black Mirror: Bandersnatch
Azyyati Ahmad
Mon Sep 23 2019

Siri Fleabag membuat kejutan dengan menyapu bersih anugerah bagi kategori Komedi Terbaik, Pelakon Wanita Komedi Terbaik serta Penulisan dan Pengarahan Terbaik.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Drama Jepun 'Shogun' cipta sejarah, rangkul 18 trofi di Anugerah Emmy ke-76
Shogun turut memenangi Siri Drama Terbaik dalam anugerah itu, juga siri drama bukan Bahasa Inggeris pertama memenangi kategori berkenaan.

Hos 'The Price Is Right' Bob Barker meninggal dunia pada usia 99 tahun
Barker mengendalikan 'game show' The Price Is Right selama lebih tiga dekad dan pernah meraih 19 kali penghargaan Anugerah Emmy.

Golden Globes kembali selepas setahun
Anugerah Golden Globes kembali selepas setahun diboikot gara-gara isu etika dan perkauman.

Pemenang Anugerah Emmy Louie Anderson meninggal dunia
Louie Anderson meninggal dunia di Las Vegas selepas dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan.

Pengacara popular Giuliana Rancic positif COVID-19
Turut disahkan positif COVID-19 ialah suami pengacara itu, Bill dan anak mereka, Duke.

Anugerah Emmy pertama secara maya dalam norma baharu
Schitt's Creek menjadi pemenang terbesar dengan meraih sebanyak sembilan kemenangan pada malam Ahad.

Dendangan 'Time After Time' Halsey di Anugerah Emmy buat penonton meruntun
Sudah pasti kita akan ternanti-nantikan persembahan pada setiap majlis berprestij seperti Anugerah Emmy.

Game of Thrones, Fleabag ungguli kemenangan di Anugerah Emmy
Anugerah Emmy yang ke-71 menyaksikan kemenangan besar buat dua drama siri Game of Thrones dan Fleabag

Game of Thrones cipta rekod, terima 32 pencalonan Anugerah Emmy
GoT sudah memegang rekod sebagai siri yang paling banyak memenangi trofi Emmy, dengan 42 kemenangan.

Seperti harimau bintang salji! Peminat troll Priyanka Chopra
Priyanka Chopra sentiasa tampil dengan gaya memukau di karpet merah, namun pada Anugerah Emmy baru-baru ini pelakon Bollywood itu disamakan pula seperti harimau bintang salji.