Kurang 24 jam, konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV 2) bakal berlangsung dan enam finalis akan berentap untuk merebut gelaran juara sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.
Enam finalis tersebut ialah Siti Nordiana, Nassier Wahab, Acong Sweetchild, Haiza, Farahdhiya dan Ezad Lazim bakal menyanyikan sebuah lagu secara solo dan di pusingan ‘battle’.
Bergelar juara merupakan impian setiap peserta, tetapi tahukah anda, apa rancangan mereka sekiranya memenangi hadiah wang tunai RM100,000?
Di bawah ini Astro Gempak kongsikan perancangan enam finalis jika berjaya membawa pulang RM100,000 pada malam Ahad ini:
Siti Nordiana
“RM100,000 itu saya akan gunakan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anak saya, Ryyan Nakhaei. Saya juga akan mengadakan majlis kesyukuran sekiranya bergelar juara pada musim ini. Selebihnya akan saya gunakan sebagai modal untuk membesarkan lagi perniagaan saya sekarang.”
Acong Sweetchild
“Jika saya menang RM100,000 saya ingin gunakan wang itu untuk membeli rumah. Selebihnya akan dijadikan simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. Insya-Allah, kalau ada rezeki saya akan buat majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran.”
Ezad Lazim
“Niat saya sejak awal lagi jika menang RM100,000 ingin pergi menunaikan haji bersama isteri. Kami sudah daftar haji, kalau ada rezeki...Insya-Allah. Saya juga akan gunakan wang tersebut untuk rumah yang baru dibooking baru-baru ini. Niat satu lagi ialah, ingin buat kenduri kesyukuran kepada semua penyokong dan peminat yang banyak memberi semangat kepada saya selama ini.
Nassier Wahab
“Ada beberapa perkara yang ingin saya lakukan sekiranya bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai RM100,000. Yang pertama, saya ingin adakan kenduri kesyukuran, kedua membawa ahli keluarga menunaikan umrah, ketiga membantu anak-anak yatim dan fakir miskin dan yang selebihnya dijadikan simpanan untuk hari tua.”
Haiza
“Sejujurnya saya hanya fikirkan tentang persembahan malam itu nanti dan belum lagi terfikir tentang wang kemenangan RM100,000. Tetapi kalau dah tanya, saya jawab jugalah. Saya ingin beli aset, buat simpanan untuk diri sendiri, keluarga dan anak.”
Farahdhiya
“Menang RM100,000...Insyaallah nak adakan majlis kesyukuran dan kenduri doa selamat.”
Sementara itu, naib juara GV2 akan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi RM30,000 dan RM15,000.
Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim merupakan juri tetap program ini dan turut diserikan dengan personaliti popular yang cukup sinonim dengan genre komedi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos.
Jangan lupa saksikan siaran langsung GV2 yang dibawakan dari auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad ini yang disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan tayangan serentak di Ria HD (123) bermula pukul 9 malam.
Gempak
Sat Dec 12 2015

Konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV 2) bakal berlangsung dan enam finalis akan berentap untuk merebut gelaran juara.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gegar Vaganza 2: Apa kata finalis kalau menang RM100,000
Kurang 24 jam, konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) bakal berlangsung dan enam finalis akan berentap untuk merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.