Penyanyi Ayai Illusi menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara musim pertama Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada malam tadi.
Kemenangan tersebut membolehkan Ayai membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.
Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist melalui persembahannya yang mantap.
Lagu yang telah dipersembahkan Ayai pada Konsert Akhir Gegar Vaganza ialah Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) dan Semangat Lamina (Lefthanded) serta Kalau Aku Kaya berduet dengan Rahmad.
“Secara jujurnya saya berada di pertandingan ini pun kerana menggantikan seorang penyanyi lain yang telah menarik diri.
“Saya sendiri tidak menyangka akan berada hingga ke tahap ini. Syukur rezeki berpihak kepada saya,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Akhir Gegar Vaganza.
Ayai juga berharap agar kemenangannya ini menjadi platform kepadanya untuk kembali aktif dalam industri muzik tempatan. -Astro Gempak
Gempak
Mon Jan 05 2015

Ayai juga berharap agar kemenangannya ini menjadi platform untuk kembali aktif dalam industri muzik tempatan. -Foto Murai.com.my

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

All Stars GV: Liza Hanim terus unggul, perjalanan Ayai terhenti
Ayai gagal menambat hati juri apabila hanya mendapat 53 peratus markah daripada juri tetap.

Gegar Vaganza: Ayai Illusi tepati ramalan, bawa pulang RM100,000
Penyanyi Ayai Illusi menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara musim pertama Gegar Vaganza.