Konsert minggu keempat Gegar Vaganza pada Ahad menyaksikan persembahan Siti Nordiana mendapat perhatian netizen.
Antara peserta paling konsisten setakat ini, persembahan Siti Nordiana yang mesra disapa Nana semalam, mendendangkan lagu Memori Berkasih, membangkitkan rasa rindu penonton kepada pasangan duet asal Nana, Achik dari kumpulan Spin.
Ramai yang meluahkan rasa sayu melihat duet Nana bersama Lan dari kumpulan Kristal. Biarpun Lan melaksanakan tugasnya dengan baik, namun persembahan berkenaan menyedarkan ramai bahawa Achik adalah pasangan duet paling serasi buat Nana.
Achik meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 2010.
Selain Nana, turut mendapat pujian netizen adalah Faradhiya, Acong dan Haiza.
Minggu ini menyaksikan Sheeda meninggalkan pentas Gegar Vaganza.
Madiha Abdullah
Mon Nov 09 2015

Ramai sayu mendengar Nana berduet dengan Lan menerusi lagu Memori Berkasih.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

"Dah 9 tahun Banchik tinggalkan keluarga..." - Tajul terkenang pemergian Achik Spin
Adik kepada penyanyi Allahyarham Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari mengenang kembali saat pemergian abangnya yang tersayang.

Gegar Vaganza: Persembahan Nana buat ramai rindu Achik
Persembahan Nana bersama Lan membangkitkan rasa rindu penonton kepada pasangan duet asal Nana, Achik.