KISAH pergolakan rumah tangga bukan sahaja sedang ‘melanda’ pasangan selebriti Malaysia tetapi juga di Indonesia.
Selain heboh isu curang penyanyi Virgoun yang kini dalam proses perceraian begitu juga nasib sama dialami pelakon terkenal Ari Wibowo, kini khabar tak enak dikatakan sedang melanda rumah tangga penyanyi kerohanian, Opick.
Rumah tangga pelantun lagu Rapuh dengan Bebi Silvana didakwa sedang bergolak selepas isterinya membuat hantaran di media sosial beberapa hari lalu seakan memberi gambaran hubungannya dengan Opick dilanda badai.
Bebi antaranya memberitahu telah keluar dari rumah bersama anak-anaknya. Dia diketahui berada di kediaman keluarganya di Bandung.
Selepas beberapa hari khabar tersebut menimbulkan spekulasi dalam kalangan masyarakat, Opick akhirnya memberi pencerahan.
Opick menjelaskan kepada pihak media, rumah tangganya berada dalam keadaan baik.
“Saya tidak mahu komen kerana kalau cakap, saya dapat rezeki. Anak-anak semua baik,” katanya ringkas seperti dilaporkan Detik.com.
Bercakap mengenai isterinya keluar daripada rumah bersama anak-anak, Opick menjelaskan mereka pulang ke kampung untuk menziarah ibu mertuanya yang tidak sihat.
“Dia pulang kampung, ibunya tidak sihat selepas menjalani pembedahan.
“Tidak ada masalah, jadi saya terkejut kenapa hal ini (rumah tangga bergolak) pula muncul? Ini yang saya tidak faham,” katanya lagi.
Sementara itu Bebi diketahui sudah menghapuskan hantaran yang dibuat sehingga menimbulkan spekulasi rumah tangga dengan Opick sedang bermasalah.
Dia sebaliknya meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka di Insta Story.
"Mohon doa juga supaya kami berdua (saya dan suami) bisa saling introspeksi diri dan terus mencoba memperbaiki keadaan supaya lebih baik. Amiin YRA," tulis Bebi Silvana dalam Instagram Story miliknya. -Gempak
Gempak
Fri May 26 2023

Rumah tangga pelantun lagu Rapuh dengan Bebi Silvana didakwa sedang bergolak selepas isterinya membuat hantaran di media sosial beberapa hari lalu seakan memberi gambaran hubungannya dengan Opick dilanda badai. -Gempak

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Giliran rumah tangga penyanyi Opick didakwa bergolak, isteri mohon doa
Bebi antaranya memberitahu telah keluar dari rumah bersama anak-anaknya. Dia diketahui berada di kediaman keluarganya di Bandung.

Opick umum bernikah kali ketiga
Opick mohon masyarakat mendoakan kerukunan rumah tangganya dengan Bebi Silvana

Emak Opick meninggal dunia ketika ceramah
Emak kepada penyanyi Opick, Hajah Lilik Sholehah meninggal dunia semalam ketika sedang menyampaikan ceramah di kampung halamannya.

Cerita sebenar Opick yang peminat tak tahu...
Penyanyi lagu ketuhanan, Opick sememangnya tidak mahu bercerita soal peribadi pada khalayak tapi dia sebenarnya menjadi mangsa salah faham terhadap kes rumah tangganya sebelum ini.

Penyanyi popular Indonesia, Opick ada tiga isteri?
Opick dikhabarkan sudah memiliki tiga orang isteri dan khabar itu mula bertebaran beberapa hari selepas berita pemergian Wulan.

Selepas isteri pertama fail cerai, isteri kedua Opick meninggal dunia
Isteri kedua kepada penyanyi lagu kerohanian Opick, Wulan Mayasari Hanis Sudiyono, 34, dilaporkan meninggal dunia pada 9 malam tadi.

Kecewa dipoligami, isteri pertama Opick fail cerai
Isteri pertama penyanyi Opick, Dian Rositaningrum, dilaporkan memfailkan cerai kepada suaminya setelah hampir 16 tahun hidup bersama.

Melly Goeslaw jadi duta kemanusiaan ke Palestin
Penyanyi dan penulis lirik Melly Goeslaw Hoed menjadi duta kemanusiaan ke Palestin baru-baru ini sejak keadaan di sana menjadi lebih genting selepas pengumuman mengenai status kota Baitulmaqdis.