HOS terkenal MasterChef Australia, Jock Zonfrillo dilaporkan meninggal dunia pada pada malam sebelum musim baharu program realiti masakan tersebut ditayangkan.
Zonfrillo meninggal dunia di Melbourne pada usia 46 tahun, tulis kenyataan rasmi yang dikeluarkan daripada stesen televisyen Network 10.
Bagaimanapun punca kematian chef yang mula menjadi keluarga MasterChef Australia tersebut tidak didedahkan.
Susulan kematiannya, pihak Network 10 memutuskan untuk menunda tayangan episod pertama musim baharu program rersebut yang turut disertai oleh chef selebriti terkenal dari British, Jamie Oliver yang bertindak sebagai juri.
Oliver malah melahirkan rasa terkejut dan belasungkawanya menerusi catatan yang ditulis di Facebook miliknya.
“Kami melalui momen yang indah saat bekerjasama dalam musim terbaharu program ini. Dia seorang yang sangat pemurah, komitmen dan semangatnya dalam MasterChef Australia membuat saya rasa sangat bersyukur.
“Anda akan sangat dirindui. Saya tidak percaya sedang menulis ini,” kenangnya seperti dilaporkan CNN.
Sementara itu chef tersohor dunia, Gordon Ramsey pula menyifatkan berita kematian Zonfrillo sebagai sangat mendukacitakan.
“Saya benar-benar menikmati masa yang telah dihabiskan bersamanya sepanjang berada di MasterChef Australia. Saya menyampaikan belasungkawa kepada seluruh ahli keluarganya,” cuit Ramsey di Twitter.
Tahun lalu Zonfrillo telah merilis buku yang berjudul Last Shot dan mendedahkan bagaimana dia pernah berhadapan dengan masalah kecanduan terhadap dadah yang teruk pada zaman remaja dan susah payahnya mengimbangi kehidupan sebagai seorang chef. -- Gempak
Gempak
Tue May 02 2023
Chef tersohor dunia, Gordon Ramsey pula menyifatkan berita kematian Zonfrillo sebagai sangat mendukacitakan. - Gempak
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita kelahiran Malaysia juarai Masterchef Australia
Seorang wanita kelahiran Malaysia telah menjuarai pertandingan Masterchef Australia musim ke 9 yang baru sahaja tamat pada Isnin.