PENYANYI Ezad Lazim mendedahkan anggota kumpulannya, Exists masih belum mengetahui tentang penglibatannya di program realiti, All Star Gegar Vaganza (GV10) sehinggalah dia membuat persembahan pada minggu pertama saingan.
Jelas Ezad, dia percaya pelibatannya di GV10 ini tidak akan menjejaskan kedudukannya selaku vokalis kumpulan berkenaan, serta persiapan persembahan yang bakal dilakukan mereka pada masa depan.
“Saya tak bagitahu mereka tentang penyertaan ini. Mereka ada bertanya mengenai jadual saya untuk beberapa jemputan persembahan tapi ketika itu, saya tak boleh bagi kata putus.
“Namun, saya rasa tiada masalah untuk saya kembali sertai GV10. Ini juga merupakan platform yang menaikkan nama saya kembali ketika bergerak solo.
“Jadi, bila Exists kembali reunion, saya pula kembali bersaing di GV10,” katanya kepada MH.
Ezad berkata sedemikian ketika ditemui sejurus konsert minggu pertama yang berlangung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, pada Ahad.
Katanya lagi, dia akan berusaha sebaik mungkin untuk membahagikan masa lebih-lebih lagi apabila Exists juga bakal sibuk mengadakan konsert berskala besar menjelang akhir tahun.
“Saya akui akan berdepan sedikit kekangan untuk sesi latihan bersama Exists. Pada bulan Disember nanti, kami akan ada konsert besar-besaran hampir setiap minggu.
“Pada waktu tu, GV10 memang sudah tamat tapi andai kata saya bertahan sehingga ke final, saya akan penat sedikit.
“Insya-Allah saya akan cuba membahagikan masa sebaiknya. Saya hanya mengikut aturan Allah SWT. Kalau Allah izinkan dan berikan rezeki, saya percaya tiada yang mustahil,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Jesnita ini turut mendedahkan antara sebab dia ingin menyertai GV10 adalah untuk mencabar diri dan keluar daripada zon selesa.
“Ada kawan-kawan rapat yang mempersoalkan saya ini sudah mencapai tahap penyanyi legend tapi kenapa masih nak masuk pertandingan nyanyian?
“Saya tak nafikan kedudukan saya ketika ini memang agak selesa memandangkan undangan nyanyian dan peluang untuk mengadakan konsert masih ada tapi saya suka mencabar diri.
“Bila terlampau selesa pun tak best juga. Saya dah lama tak masuk pertandingan.
"Lagipun, saya suka konsep GV. Saya berpeluang menyanyikan lagu-lagu orang lain. Saya jarang dapat peluang itu ketika buat persembahan di luar,” akhirinya.
Terdahulu, Ezad merupakan antara enam peserta hot seats yang berjaya menyertai GV10 dan akan bersaing dengan 10 juara GV terdahulu. -Media Hiburan
Gempak
Tue Sep 26 2023
Ezad percaya penglibatannya di GV10 tidak menjejaskan kedudukannya selaku vokalis kumpulan berkenaan, serta persiapan persembahan yang bakal dilakukan mereka pada masa depan. -Media Hiburan
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
All Stars Gegar Vaganza: 'Dia tak rosakkan lagu, cuma…' - Ramli MS jawab sebab Ezad tersingkir
Menurut Ramli, selain sebutan kurang jelas, nyanyian Ezad juga kedengaran tidak stabil dan kehilangan melodi.
All Stars GV: Hardy Mirza rampas kedudukan Liza Hanim, Ezad Lazim tersingkir
Selain Ezad turut berada di tangga tiga terbawah adalah Aliff Aziz (60%) dan Nikki Palikat (59.75%)
GV10: 'Dah level legend, kenapa nak masuk?' - Ezad Lazim dedah penampilannya tidak diketahui Exists
Ezad percaya penglibatannya di GV10 tidak menjejaskan kedudukannya selaku vokalis kumpulan berkenaan, serta persiapan persembahan yang bakal dilakukan mereka pada masa depan.
'Kalau diberi makan dan minum, dia muntah' - Ezad Lazim masuk hospital lagi
Penyanyi Ezad Lazim sekali lagi telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan akibat penyakit Gastroesophageal Reflux Disease (Gerd).
5 artis yang pernah terlibat dengan kontroversi dadah
Seperti selebriti Hollywood yang sinonim dengan berita mengenai pengaruh dan penggunaan dadah, selebriti tempatan Malaysia juga tidak terkecuali untuk terpalit dengan detik hitam itu.
Demi anak, Ezad Lazim jual baju sekolah
Penyanyi Ezad Lazim mengambil keputusan untuk menjual baju sekolah demi anak-anak kesayangannya, Puteri Rania Keisha, 4 tahun dan Putra Mohammad Darwish yang berusia dua tahun.
'Farid Kamil beruntung, ramai sokong dia' - Ezad Lazim
Penyanyi Ezad Lazim mengakui aktor Farid Kamil beruntung kerana ramai pihak yang menyokongnya selepas terlibat dengan kes menampar polis dan menendang dua orang awam serta penyalahgunaan dadah.
'Saya bukan tamak, ini rezeki' - Ezad Lazim
Penyanyi Ezad Lazim mengakui tempias popularitinya di program Gegar Vaganza memberi peluang untuk dia mencuba nasib di pentas Maharaja Lawak Mega 2016.
Gegar Vaganza 2: Apa kata finalis kalau menang RM100,000
Kurang 24 jam, konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) bakal berlangsung dan enam finalis akan berentap untuk merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.