AKTRES dan pengasas Goop Gwyneth Paltrow, 45 tahun, mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan penulis skrip dan penerbit televisyen, Brad Falchuk.
Khabar berkenaan diumumkan menerusi akaun Instagram rasminya, dengan gambar hitam putih muka depan majalah Goop bersama emoji cincin berlian sebagai kapsyen.
Pertunangan pasangan berkenaan turut disahkan pegawai seranta Paltrow, Stephen Huvane pada Isnin.
Falchuk, 46 tahun, merupakan individu di sebalik siri TV popular 'Glee', siri yang diilhamkannya bersama Ryan Murphy.
Pasangan itu bagaimanapun tidak menghuraikan dengan lebih lanjut rancangan perkahwinan mereka.
Ini bakal menjadi perkahwinan kedua bagi Falchuk dan Paltrow yang sebelum ini berkahwin dengan vokalis Coldplay Chris Martin.
Paltrow bertemu Falchuck ketika di set penggambaran Glee.
Aktres terbabit terlibat dalam siri tersebut, memainkan watak guru pengganti, Holly Holiday.
Pasangan itu bagaimanapun hanya mula berpacaran pada 2014, selepas Paltrow berpisah dengan Martin.
Paltrow mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan Martin, Apple, 13 tahun dan Moses, 11 tahun.
Sementara Falchuk juga mempunyai dua anak daripada perkahwinan terdahulu.
Hubungan pasangan itu juga diterima baik Martin.
Paltrow pernah memuat naik gambar Martin dan Falchuk bersama-sama ketika menikmati hidangan makan tengahari.
Astro Awani
Mon Jan 08 2018

Paltrow bertemu Falchuck ketika di set penggambaran Glee.
Kerajaan akan bentang RUU Kredit Pengguna
Kerajaan dijangka membentangkan RUU Kredit Pengguna pada sidang Parlimen kali ini sebagai langkah memperkukuh perlindungan terhadap pengguna kredit.
Pembantu rumah dilayan seperti darah daging
Yulia Ningsih bukan sekadar pembantu rumah, tetapi sudah dianggap seperti ahli keluarga. Keakraban mereka terserlah apabila video pertemuan semula selepas beberapa tahun berpisah menjadi tular di media sosial.

Industry players call for refinements to Gig Workers Bill
Leading companies in Malaysias gig economy have raised concerns over the draft of the country's upcoming Gig Workers Bill, urging for refinement of key provisions before tabling it at the Parliament
MAIWP memperuntukkan RM19.97 juta bagi bantuan ihya' ramadan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM19.97 juta bagi menjamin program pengimarahan di masjid dan surau sepanjang ramadan tahun ini dilaksanakan lebih berkesan.
Polis kejar Pajero 15km, rampas 200kg syabu bernilai RM6.4 juta
Polis Kelantan merampas 200 kilogram dipercayai dadah jenis syabu bernilai RM6.4 juta selepas mengejar sebuah kenderaan pacuan empat roda sejauh 15 kilometer di Tumpat.

IOI Properties rai hubungan Malaysia-China dengan penganjuran majlis budaya
IOIPG dan Visit IOI Resort City rai hubungan unik Malaysia - China dengan penganjuran China dan M'sia - A Celebration of Culture, Tradition and Culinary Excellence

BRICS akan cari sistem pembayaran alternatif - Presiden Brazil
Brazil selaku pengerusi BRICS komited untuk membangunkan platform pembayaran tambahan yang boleh diakses, telus dan selamat.

Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri
Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri
![[KOLUMNIS] RUU Majlis Media Malaysia dan Bernama: Pembingkaian media, reformasi atau kawalan? [KOLUMNIS] RUU Majlis Media Malaysia dan Bernama: Pembingkaian media, reformasi atau kawalan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653650961_TBRAKANMEDIA.jpg)
[KOLUMNIS] RUU Majlis Media Malaysia dan Bernama: Pembingkaian media, reformasi atau kawalan?
RUU Majlis Media Malaysia menggariskan penubuhan sebuah badan yang bertanggungjawab terhadap etika kewartawanan dan pengawalseliaan industri media.

'Tak perlu tunggu pindaan Akta 522 untuk dakwa pihak terlibat tipu beras' - Hassan
Kerajaan digesa bertindak segera terhadap kilang beras, pemborong dan peruncit yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import.

Gwyneth Paltrow bertunang dengan penerbit televisyen
Aktres, dan pengasas Goop Gwyneth Paltrow, 45 tahun mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan penulis skrip dan penerbit televisyen, Brad Falchuk.