PELAKON dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin menitipkan nukilan istimewa sempena kelahiran cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman pada tanggal 30 September lalu.
Dalam nukilan tersebut, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberinya peluang untuk merasai nikmat bergelar ibu.
“Terima kasih anakku kerana hadirmu, Tuhan meletakkan syurga pada telapak kakiku,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak negara, Safawi Rasid menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Syifa turut menyifatkan kehadiran dua insan istimewa iaitu suami dan anak telah melangkapkan kehidupannya saat ini.
“Terima Kasih Tuhanku telah hadirkan dua orang manusia yang menyempurnakan perananku di dunia ini.
“Menjadi bidadari bumi dengan gelar ibu dan isteri,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Syifa dan keluarga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Tahniah Syifa. Selamat berpantang.
“Tahniah Syifa. Tahu-tahu dah beranak. Alhamdulillah. Semoga anakmu membesar dengan sihat. Selamat berpantang sayangku.
“Semoga menjadi anak soleh yang membahagiakan kedua orang tuanya. Ameen.
“Kapsyen Syifa buat sebak. Baru terasa macam kita ini bidadari sebenarnya. Tahniah Syifa,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Syifa dan Safawi telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 November 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup. -Media Hiburan
Gempak
Thu Oct 05 2023

Dalam nukilan tersebut, Syifa memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberinya peluang untuk merasai nikmat bergelar ibu. -Instagram

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Hadirmu letak syurga pada tapak kakiku' - Indah nukilan Syifa Melvin buat Saif Sulaiman
Dalam nukilan tersebut, Syifa memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberinya peluang untuk merasai nikmat bergelar ibu.

Syifa, Safawi timang cahaya mata lelaki
Saif Sulaiman, nama putera sulung Safawi Rashid dan Syifa Melvin.

Muhammad Safawi bakal timang cahaya mata, kekal di JDT
Pemain sayap skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid mendedahkan, beliau dan isterinya yang juga pelakon Syifa Melvin bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Pawi 'tolak tepi' bulan madu, fokus rebut tempat ke Piala AFF
Isterinya merestui hajatnya selain memberi kata-kata semangat untuk merebut tempat dalam barisan akhir skuad Harimau Malaya.

Sarah Suhairi mahu fokus menyanyi, tolak tawaran berlakon
JUARA Big Stage, Sarah Suhairi mengaku ingin fokus dalam bidang nyanyian dan menolak beberapa tawaran lakonan.