PELAKON Hafidz Roshdi enggan memberikan komen lanjut mengenai status hubungannya bersama kekasihnya Athira Yuhada.
Menurut Hafidz, dia bakal membuat pengumuman mengenai hubungannya itu selepas prosiding kes penceraian dengan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri selesai.
“Di bawah perbicaraan kes mahkamah, saya pun tak boleh nak cakap apa-apa lagi.
“Pengakuan untuk dia… saya akan buat selepas bercerai. No comment. Itu di bawah perbincangan nantilah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sebelum ini, Hafidz dilihat kerap menanda (tag) Athira dalam laman sosialnya.
Perkara itu membuatkan netizen mendakwa Hafidz lebih terbuka untuk mendedahkan hubungannya bersama wanita terbabit.
Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan berkelakuan seperti seorang yang psiko, Hafidz berkata dia tidak menghiraukan tuduhan netizen.
“Saya tak baca komen di media sosial dan saya tak ambil peduli langsung. Minta maaf ya,” ujarnya ringkas.
Hafidz berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi prosiding kes sebutan semula kes mencederakan isterinya.
Dalam pada itu, Hafidz turut memberitahu dia berkesempatan bertemu kedua-dua anaknya iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2
Bagaimanapun Hafidz memaklumkan dia tidak bertemu dengan Shuhada dan segala urusan adalah membabitkan peguam.
“Alhamdulillah, saya ada berjumpa dengan anak-anak. Untuk raya haji pula saya belum berbincang lagi dengan Shuhada.
"Saya juga tidak bertemu dengan dia langsung buat masa ini. Semuanya melalui peguam,” jelasnya.
Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu. -Gempak
Gempak
Fri Jun 09 2023

Hafidz (kiri) bakal membuat pengumuman mengenai hubungannya dengan Athira (kanan) selepas prosiding kes penceraian dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri selesai. -Gempak
Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Februari 2025
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.

Cedera bekas isteri: AGC tolak representasi pelakon Hafidz Roshdi
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan 20 Jan depan untuk perbicaraan dan mengarahkan pengadu iaitu Nurul Shuhada, 30, hadir pada prosiding berkenaan.

Pendakwaan mahu teruskan kes Hafidz Roshdi cederakan bekas isteri
Pihak pendakwaan berhasrat untuk meneruskan kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukhri.

Shuhada tarik balik laporan terhadap Hafidz Roshdi, mahkamah tetap tarikh akhir kes
Pendakwaan bagi kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya memberitahu pihaknya belum mendapat arahan lanjut isu penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.

Hafidz Roshdi gembira Nurul Shuhada tarik balik kes pukul
Pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik kes pukul yang difailkan.

Hafidz Roshdi pasrah terus dicemuh
Aktor Hafidz Roshdi bersikap terbuka sekiranya terus menjadi sasaran cemuhan atau kebencian masyarakat selepas ini.

“Jangan kerana satu kesilapan, semua kebaikan kita tak nampak” - Hafidz Roshdi
Hafidz mohon masyarakat tidak mudah menghukum orang lain hanya dengan satu kesilapan dilakukan mereka.

'Allah tunjukkan saya tak berbohong' - Nurul Shuhada doakan kebahagiaan bekas suami
Menurut Nurul Shuhada, pernikahan itu juga 'membenarkan' kata-katanya selama ini tentang kisah rumah tangga mereka hingga berakhir dengan perceraian.

Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada akhiri teka-teki, selamat diijab kabul
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hafidz menerusi hantaran sekeping foto dan sepotong video ketika akad nikah di akaun Instagram.

Bicara kes pelakon Hafidz Roshdi cedera bekas isteri bermula 6 Feb
Mahkamah Majistret menetapkan dua hari bermula 6 Feb tahun depan untuk perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya Mac lepas.