KEJAYAAN luar biasa filem Hantu Kak Limah (HKL) yang meraih RM32.5 juta dalam 18 hari tayangan telah memberi inspirasi kepada syarikat produksi Infinitus Gold Sdn Bhd untuk menerbitkan sambungannya tahun depan.
Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai memberi bayangan naskhah berkenaan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Gayatri berkata idea untuk menerbitkan sambungan HKL masih dalam peringkat perbincangan dan kata putus hanya akan dibuat selepas semua pihak yang terlibat dalam filem ini memberi persetujuan.
“HKL merupakan filem kedua terbitan Infinitus Gold dan saya sendiri tidak menjangka sambutan luar biasa yang diterima daripada filem arahan Mamat Khalid ini.
“Menerusi kenyataan yang diberikan Mamat, mungkin kami akan meneruskan francais filem ini.
“Bagaimanapun buat masa ini semuanya masih dalam proses perbincangan.
“Jika tiada aral filem kelima dalam siri Kampung Pisang ini dijangkakan akan ditayangkan pada tahun depan pula,” katanya.
Filem HKL merupakan judul keempat dalam siri Kampung Pisang bermula dengan Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah serta Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.
Naskhah berkenaan mengisahkan Kak Limah yang baru sahaja berumah tangga, telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun.
Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose dan Delimawati.
Filem arahan Mamat Khalid itu juga menampilkan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida serta artis popular, Erra Fazira sebagai bintang undangan khas dalam HKL.
Sumber: Utusan Online
Gempak
Tue Aug 28 2018

Kejayaan luar biasa filem Hantu Kak Limah memberi inspirasi kepada syarikat Infinitus Gold untuk menerbitkan sambungannya tahun depan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MMM bolehkan media di negara ini jalankan tugas lebih berkesan - Fahmi
Konsep kawal selia kendiri dalam RUU itu menjadi satu indikator bahawa industri media di negara ini adalah sihat.

Utusan Sarawak tamat era cetakan selepas hampir 80 tahun, beralih ke platform digital
Akhbar Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menghentikan penerbitan edisi cetak mulai esok selepas penerbitannya bermula pada tahun 1949.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mogok di Lapangan Terbang Munich jejaskan 80 peratus penerbangan
Syarikat penerbangan membatalkan 80 peratus penerbangan berjadual pada Khamis dan Jumaat.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Perisian tidak sah: Gayatri seru kerajaan cari strategi kukuh bantu industri perfileman
Menurut Gayatri, pihaknya cukup terasa dengan impak cetak rompak kerana tidak banyak saluran di Malaysia yang boleh menjual produk mereka.

Hantu Kak Limah bakal disambung?
Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai memberi bayangan naskhah berkenaan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

"Jodoh di tangan Tuhan" - Gayatri ulas hubungan dengan Zul Ariffin
Penerbit Gayatri Su-lin Pillai tidak menolak seandainya jodohnya bersama aktor kacak Zul Ariffin.