AKTOR Farid Kamil, 42, terima dan reda apabila hak penjagaan anaknya diserahkan sepenuhnya pada bekas isterinya, Diana Danielle, 32, seperti ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Isnin.
Farid mengharapkan dua cahaya matanya Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8, sentiasa berada di bawah perlindungan dan peliharaan Allah SWT.
"Buat masa ini, hanya doa Fi Amanillah (di bawah lindungan Allah) serta saya berharap mereka akan selamat dan bahagia," katanya.
Farid juga akui merindui dua anaknya itu selepas hampir dua bulan tidak dapat bersemuka dan bertentang mata dengan mereka.
"Kali terakhir saya bertemu mereka adalah sebelum Hari Raya Haji. Sudah tentu rindu (anak-anak) walaupun jalan kita (bekas isteri) sudah berbeza.
"Saya selalu buat panggilan video dan dapat berhubung dengan Muhammad dan Aurora melalui WhatsApp," katanya.
Ditanya adakah anak-anak mengetahui status penceraian mereka, pelakon utama filem Anwar: The Untold Story berkata, dia sudah menjelaskan perkara tersebut kepada anak sulungnya.
"Saya sudah maklumkan pada Muhammad tentang perkara ini. Saya berharap dia faham dengan situasi sekarang.
"Apa yang lebih penting adalah kesihatan mental dan keselamatan mereka menjadi keutamaan saya," jelasnya.
Pada 10 Ogos lalu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari.
Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof menerusi aplikasi Google Meet memandangkan dia mengalami masalah kesihatan kesan akibat jangkitan COVID-19.
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8. -Gempak
Gempak
Tue Aug 22 2023
Farid mengharapkan dua cahaya matanya Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8, sentiasa berada di bawah perlindungan dan peliharaan Allah SWT. -Gempak
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.
'Farid berangan, setahun diberi peluang tapi gagal' - Diana Danielle rasa dizalimi, mohon talak segera
'Tindakan Farid amat memualkan, tidak berpijak di bumi nyata. Dia berangan, tiada apa untuk diselamatkan. Bila saya sudah rujuk dengan dia selama setahun, bukankah itu satu peluang tapi dia gagal'
Farid Kamil enggan cerai Diana Danielle, mahkamah perintah lantik Jawatankuasa Pendamai
Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur
Masih suami Isteri: "Ini bukan momen gembira untuk sesiapa" - Diana Danielle
Peguam mewakili Diana Danielle memaklumkan mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri.
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak
"Doakan segalanya dipermudahkan" - Diana Danielle, Farid Kamil
Diana Danielle, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini.
Bergaduh berpanjangan punca Diana fail cerai ke atas Farid - Peguam
Diana Danielle beri alasan, kemelut berpanjangan yang dihadapi dengan suaminya, Farid Kamil sukar untuk diselesaikan lagi.
Diana Danielle fail cerai di Mahkamah Rendah Syariah WP
"Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya rasa kalau panjang-panjang tak perlu."
'Surat-surat penipuan' Farid Kamil tiada lagi tempat di hati Diana Danielle
"Satu-satunya yang saya mahukan sekarang adalah tidak lagi berada di bawah tanggungjawabnya. Tolong lepaskan saya."
Farid Kamil anggap musim cerai ada kaitan dengan politik...
Farid Kamil memberitahu dia tidak pernah meminta wang daripada netizen sepanjang 15 tahun mengharungi rumah tangganya bersama isteri, aktres Diana Danielle.