KUALA LUMPUR: Lama berkecimpung dalam industri muzik tempatan, tahun 2024 boleh dikatakan sebagai tahun penuh gemilang buat penyanyi dan komposer, Amir Jahari.
Lagu ciptaannya, Hasrat berjaya lolos ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) dan malam tadi, di hadapan ribuan penonton di Axiata Arena, karyanya dinobat sebagai Juara AJL38.
Lagu Hasrat menewaskan 11 lagu yang lain dengan lagu Sutera dendangan penyanyi baharu, Aisha Retno bergelar Naib Juara.
Lagu Jangan Mati Rasa itu nyanyian dan ciptaan penyanyi berpengalaman, Aina Abdul pula berada di tempat ketiga.
Ketika keputusan diumumkan, wajah Amir kelihatan terkejut malah beliau juga sempat sujud syukur di atas pentas.
Kemenangan beliau diramalkan ramai pihak kerana lagu Hasrat boleh dikatakan karya yang membuat Amir ‘come back’ dalam industri muzik selepas hilang seketika.
Begitupun, respons positif daripada penonton dan rakan artis yang memberikan ‘standing ovation’ kepada beliau ternyata menterjemahkan ‘penerimaan’ terhadap keputusan itu.
Ketika ditanya maksud di sebalik persembahan beliau pada malam ini, Amir berkata persembahannya adalah sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang syahid.
Meskipun kelihatan sebak, Amir kemudian sekali lagi menyampaikan lagu Hasrat di SNBJ dan kali kedua dilantunkan, statusnya berbeza kerana beliau menyanyikan lagu Juara AJL38.
Tahniah Amir Jahari!
Ridauddin Daud
Sun Mar 03 2024

Lagu Hasrat menewaskan 11 lagu yang lain dengan lagu Sutera dendangan penyanyi baharu, Aisha Retno bergelar Naib Juara. - Foto Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jika rasa pelik dengan diri sendiri, dapatkan bantuan - Amir Jahari anggap media sosial punca masalah mental
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental.

‘Hasrat’ Amir Jahari tercapai, lagu Hasrat dinobat juara AJL38
Lagu Hasrat menewaskan 11 lagu yang lain dengan lagu Sutera dendangan penyanyi baharu, Aisha Retno bergelar Naib Juara.

Guna je lagu saya, YB, saya rela - Altimet
Nampaknya lagu "Hasrat" yang menjadi kontroversi selepas penulis dan juga penyanyi, Amir Jahari tidak mahu ia digunakan Datuk Mas Ermieyati Samsudin untuk tujuan politik masih lagi tidak reda.

'Amir Jahari, saya minta maaf, saya akan letak lagu nasyid' - Mas Ermieyati
Datuk Mas Ermieyati Samsudin mohon maaf kepada penyanyi lagu tema filem Imaginur, 'Hasrat' iaitu Amir Jahari kerana menggunakan lagu ciptaannya itu sebagai lagu latar untuk hantaran video di mahkamah.

Mas Ermieyati diminta padam lagu 'Hasrat' di video politik atau berdepan tindakan
Joe Lee dalam ciapan Twitternya menggesa Mas Ermieyati segera memadamkan lagu tersebut yang digunakan tanpa izin.

AF Megastar: Muktamad! hanya 12 bintang layak teruskan perjuangan
Setelah berentap pada Konsert AF Megastar Homecoming, akhirnya 12 daripada 24 bintang mara ke konsert seterusnya bermula minggu hadapan.

Amir Jahari lancar platform bakat, 'Ilek Ilek Jak'
Amir Jahari telah mula menyeru sokongan bagi platform pencarian bakat yang diterajuinya, 'Ilek Ilek Jak' yang dilancarkan di The Talent Lounge.

#DermaKilat: Artis lelong barang peribadi untuk bantu mangsa banjir
Penggiat seni Malaysia bakal melelong barang peribadi mereka demi mengutip derma buat mangsa banjir dalam projek #DermaKilat.

Amir Jahari cipta lagu tema Anugerah Seni
Penyanyi dan komposer Amir Jahari terpilih sebagai pencipta dan penulis lirik lagu tema Anugerah Seni BOH Cameronian ke-11 tahun ini.

Amir Jahari berjuang dengan 'Penghibur Jalanan'
Setelah 22 bulan memperkenalkan single pertama Amir kini mengorak langkah dengan pelancaran album sulungnya iaitu Penghibur Jalanan.