PELAKON ternama Hollywood, Henry Golding mengumumkan beliau bakal membintangi filem terbaharu sains fiksyen bertajuk Daniela Forever arahan pengarah Sepanyol, Nacho Vigalondo.
Menurut laporan portal Deadline, produksi filem berkenaan akan menjalani penggambaran di Madris, Sepanyol sekitar musim bunga/panas kelak.
Mengulas tawaran baharu yang diterimanya itu, pelakon berusia 36 tahun kelahiran Sarawak itu berkata, naskhah Daniela Forever merupakan salah satu daripada skrip terbaik yang pernah dibaca sepanjang bergelar pelakon.
“Ini merupakan satu daripada skrip yang saya gemari yang pernah saya baca dan akan saya lakukan sebaik yang mungkin untuk bekerjasama dengan Nacho Vigalondo dalam filem ini. Saya tidak sabar untuk berkongsi kisah ini dengan seluruh dunia kisah istimewa ini,” kata Golding dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya.
Laporan portal berkenaan yang turut memetik Vigalondo sebagai berkata: “Filem ini dihasilkan dalam lingkaran karakter manusia yang terperangkap dalam plot yang berbeza.
"Saya sangat teruja dengan pasukan yang terlibat dalam projek ini dan berharap penceritaan ini akan menterjemahkan apa yang ingin saya zahirkan mengenai cinta, hasrat dan Madrid,” jelas Vigalondo.
Sutradara ini sangat tersohor menerusi karya-karya seperti Timecrimes, Extraterrestrial and Colossal yang dibintangi oleh Anne Hathaway dan Jason Sudeikis.
Sementara itu, Golding baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Old Guard 2 terbitan Netflix dan akan sekali lagi bekerjasama dengan pengarah Guy Ritchie untuk filem World War II.
Agensi
Fri Feb 10 2023

Henry Golding mengumumkan beliau bakal membintangi filem terbaharu sains fiksyen bertajuk Daniela Forever arahan pengarah Sepanyol, Nacho Vigalondo. - Gambar Instagram HENRY GOLDING

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Henry Golding bakal bintangi filem sains fiksyen
Pelakon kelahiran Sarawak itu akan menjalani filem genre sains fiksyen, Daniela Forever arahan pengarah Sepanyol, Nacho Vigalondo.

Insiden 'cow mati' antara memori lucu ahli keluarga bersama Henry Golding di Betong
Kejayaan pelakon Crazy Rich Asian itu ke pentas antarabangsa disifatkan mengharumkan nama Sarawak dan masyarakat Iban serta ahli keluarga di Rumah Panjang Skuyat Lama, Betong.

'Hubungi rakan anda, tanya khabar dan beritahu.. anda sayangkan mereka' - Henry Golding
Pendekatan ambil berat sebenarnya dapat membawa perubahan yang besar terhadap kesihatan mental dan emosi seseorang.

Wanita ini adalah segala-galanya - Henry Golding ungkap penghargaan buat isteri sempena kelahiran anak
Berita gembira itu dikongsi oleh bintang filem Crazy Rich Asians itu dalam kemas kini di laman Instagramnya, hari ini.

Henry Golding bakal bergelar bapa
Tahniah buat Henry Golding dan isteri.

Henry Golding tersenarai dalam TIME 100 Next
Pelakon utama filem "Crazy Rich Asians" disenaraikan dengan selebriti antarabangsa seperti Camila Cabello, Billie Eilish, Liza Koshy, Jason Reynolds, Ezra Miller dan Ryan O'Connell.

Penulis kelahiran Malaysia 'buka mulut' sebab tinggalkan projek besar Hollywood, Crazy Rich Asians
Penulis skrin kelahiran Malaysia, Adele Lim dilapor telah meninggalkan projek sekuel Crazy Rich Asians kerana dia tidak mendapat bayaran setimpal dengan gandingannya.

Henry Golding bakal galas watak Snake Eyes dalam filem terbaharu G.I Joe
Snake Eyes merupakan seorang komando ninja yang berpakaian serta hitam tanpa pernah bersuara dan menunjukkan mukanya.

Henry Golding teruja saksikan Djokovic muncul juara Wimbledon 2019
Aktor Henry Golding menyatakan keterujaaannya menonton perlawanan akhir Kejohanan Tenis Wimbledon 2019 yang menyaksikan Novak Djokovic muncul juara menumpaskan Roger Federer, pada Isnin pagi.

Siapa yang bakal membarisi filem baru James Bond?
Jika dahulu, pelbagai tanda tanya muncul di fikiran siapa yang bakal membarisi filem James Bond.