Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Henry Golding terus mencipta kejayaan sendiri dan tersenarai dalam senarai bintang meningkat naik, TIME 100 Next.
"Gembira menjadi sebahagian daripada @time Next 100 dengan insan yang benar-benar istimewa. Terima kasih momma @michelleyeoh_official untuk petikan itu," kata Golding dalam Instagramnya.
Pelakon utama filem "Crazy Rich Asians" disenaraikan dengan selebriti antarabangsa seperti Camila Cabello, Billie Eilish, Liza Koshy, Jason Reynolds, Ezra Miller dan Ryan O'Connell.
Pada laman sesawang rasmi TIME, pelakon wanita Hollywood dari Malaysia, Michelle Yeoh juga meletakkan pandangannya terhadap Golding dengan menggambarkan beliau adalah seorang yang tidak melupakan asal usulnya.
BACA: Penulis kelahiran Malaysia 'buka mulut' sebab tinggalkan projek besar Hollywood, Crazy Rich Asians
"Bangsanya, latar belakang dan kejayaan beliau menggambarkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan - bahawa kami semua adalah satu bangsa, satu budaya sejagat dan kami semua tidak lagi perlu bercakap mengenai kontroversi yang mengelilingi soal perwakilan.
"Saya bangga usahanya untuk mewakili Asia," kata Yeoh yang juga membintangi filem Last Christmas bersama Golding.
Golding, juga seorang peragawan dan penyampai membuat penampilan pertamanya sebagai seorang hos BBC The Travel Show dalam 2014.
BACA: 'James Bond Iban' di karpet merah Oscar
Beliau kemudian menjadi popular dalam filem pertamanya Crazy Rich Asians dalam 2018 yang juga dibintangi Anna Kendrick selain Black Lively dalam filem thriller A Simple Favour dalam tahun yang sama.
Senarai yang dilancarkan pada 13 Nov mengetengahkan 100 bintang meningkat naik di seluruh dunia yang membentuk masa hadapan perniagaan, sukan, politik, sains dan kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 15 2019

Henry Golding menjadi popular dalam filem pertamanya Crazy Rich Asians dalam 2018 yang juga dibintangi Anna Kendrick selain Black Lively dalam filem thriller A Simple Favour dalam tahun yang sama. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Buat 'stunt' sendiri di usia 59 tahun, Michelle Yeoh pamer aksi dalam 'Shang-Chi'
Michelle Yeoh sekali lagi terpilih, kali ini untuk menyertai filem adiwira Marvel "Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings".

Wanita ini adalah segala-galanya - Henry Golding ungkap penghargaan buat isteri sempena kelahiran anak
Berita gembira itu dikongsi oleh bintang filem Crazy Rich Asians itu dalam kemas kini di laman Instagramnya, hari ini.

Henry Golding tersenarai dalam TIME 100 Next
Pelakon utama filem "Crazy Rich Asians" disenaraikan dengan selebriti antarabangsa seperti Camila Cabello, Billie Eilish, Liza Koshy, Jason Reynolds, Ezra Miller dan Ryan O'Connell.

Penulis kelahiran Malaysia 'buka mulut' sebab tinggalkan projek besar Hollywood, Crazy Rich Asians
Penulis skrin kelahiran Malaysia, Adele Lim dilapor telah meninggalkan projek sekuel Crazy Rich Asians kerana dia tidak mendapat bayaran setimpal dengan gandingannya.

'James Bond Iban' ganti Daniel Craig?
Jika benar desas-desus, Henry Golding akan lakar sejarah sebagai James Bond dari Asia, bayangkan lelaki berdarah kacukan Iban-Inggeris memegang watak perisik Inggeris.

Henry Golding bintangi James Bond?
Henry Golding dijangka ganti Daniel Craig sebagai James Bond

Penerbit Crazy Rich Asians, Michelle Yeoh dapat hak filem Billion Dollar Whale
Turut bakal menerbitkan filem berkisar skandal terbesar dunia itu ialah pelakon ternama kelahiran tempatan iaitu Tan Sri Michelle Yeoh.

Crazy Rich Asians bantu elak ketegangan kaum, kata Carmen Soo
Pelakon dan model terkenal Carmen Soo berpendapat filem Crazy Rich Asians membuat kemunculan pada waktu yang tepat dimana ia dapat bantu mengelak ketegangan kaum.

Sah! Michelle Yeoh setuju lamaran...
Pelakon terkenal, Tan Sri MichelLe Yeoh menandatangani kontrak dengan SK Global Entertainment pada Rabu, sebagai wajah eksklusif dalam karya akan datang syarikat tersebut.

'Crazy Rich Asians' manfaatkan pelbagai lokasi menarik di Malaysia
Bukan sahaja memaparkan wajah-wajah Malaysia, filem ini juga menggunakan banyak tempat menarik di Malaysia sebagai lokasi.