PASANGAN selebriti, Harry Styles dan Olivia Wilde akhirnya berpisah selepas dua tahun menjalinkan hubungan.
Majalah People mendakwa Styles, 28, dan Wilde, 38, terpaksa mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan mereka buat sementara waktu kerana mempunyai keutamaan berbeza.
"Styles sibuk dengan konsert jelajah dan sering ke luar negara. Wilde pula harus memberi tumpuan kepada anak-anaknya dan kerjayanya di Los Angeles. Ia adalah keputusan yang harus diambil, tetapi mereka masih berkawan rapat," kata sumber.
Rakan pasangan itu pula berkata, tekanan yang diterima daripada peminat menjadikan situasi mereka lebih sukar.
"Mereka seperti pasangan lain, ada pasang surut dalam perhubungan," ujar rakan itu dipetik dari People.
Page Six pula melaporkan tiada siapa yang memutuskan hubungan, sebaliknya ia keputusan bersama.
"Ini adalah hubungan cinta paling lama Harry, jadi jelas mereka mempunyai ikatan istimewa," lapor portal itu.
Wilde kali terakhir dilihat hadir menyaksikan konsert Styles pada 15 November di Los Angeles, ditemani dua anaknya.
Pelakon yang menempa nama menerusi siri House itu mempunyai seorang anak lelaki Otis, 8, dan anak perempuan Daisy, 6, dengan bekas tunangnya, Jason Sudeikis.
Agensi
Sat Nov 19 2022

Pasangan itu mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan mereka buat sementara waktu kerana mempunyai keutamaan berbeza.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Maut terjatuh: Ini fakta yang anda perlu tahu mengenai Liam Payne
Peminat One Direction dikejutkan dengan berita kematian salah seorang bekas ahlinya, Liam Payne pada Khamis.

Anugerah Grammy 2023: Harry Styles rangkul Album Terbaik menerusi 'Harry's House'
Styles berjaya mengetepikan saingan daripada kumpulan ABBA ( Voyage), penyanyi Adele (30), Coldplay (Music of the Spheres), dan Lizzo (Special).

Beyonce pecah rekod menang anugerah Grammy paling banyak
Beliau juga merupakan artis yang menerima pencalonan paling banyak pada Anugerah Grammy ke-65, dengan sembilan pencalonan.

Harry Styles, Sam Smith gamatkan pentas Anugerah Grammy 2023 esok
Harry Styles merupakan salah satu nama yang diumumkan lebih awal untuk membuat persembahan di Anugerah Grammy 2023.

Hubungan Harry Styles dan Olivia Wilde berakhir
Pasangan itu mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan mereka buat sementara waktu kerana mempunyai 'keutamaan berbeza'.

Harry Styles pecah rekod, As It Was kekal paling lama dalam carta Billboard Hot 100
Penyanyi kelahiran United Kingdom, Harry Styles berjaya memecah rekod selepas single As It Was menduduki tempat teratas carta Billboard Hot 100 paling lama.

Gelaran Raja Pop hanya milik Michael Jackson, tiada yang lain - Anak saudara
Keluarga dan penjaga hak Michael telah meletakkan tanda dagangan bagi frasa 'King Of Pop' atau Raja Pop.

Universiti tawar kursus berkaitan hasil karya Harry Styles
Kursus berkenaan akan memberi tumpuan kepada karya bintang pop itu, baik dalam muzik atau filem.

Ulang tahun ke-10, apa kejutan One Direction untuk peminat?
Pasti ramai yang tidak sabar menantikan kejutan daripada One Direction.

Harry Styles bakal pegang watak Prince Eric dalam The Little Mermaid?
Selepas Halle Bailey diumumkan bakal memengang watak Ariel menerusi Disney Live Action, peminat-peminat pasti teruja apabila Harry Styles juga dijangka akan membuat kemunculan dalam filem tersebut.