Rocky, atau nama sebenarnya Rakim Mayers, sedang dibicarakan atas dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik.
Rocky didakwa mengacukan pistol ke arah seorang lagi artis hip-hop yang juga bekas rakannya, Terell Ephron, semasa pertengkaran sengit, sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah Ephron dalam satu konfrontasi kedua.
Kedua-dua insiden itu berlaku pada 6 November 2021.
Mangsa yang terselamat daripada tembakan itu melaporkan kepada polis selepas dia melihat Rocky dan dua individu mendekati sebelum menembaknya di sebuah jalan.
Menurut laporan polis, sekurang-kurangnya tiga das tembakan dilepaskan dan satu daripadanya terkena pada pada tangan kiri mangsa.
