KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi dan komposer, Amylea Azizan, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), pada Rabu.
Berita pemergian Azizan Zainal Abidin, 62, itu dimaklumkan sendiri oleh Amylea menerusi kemas kini laman Instagramnya.
Penyanyi yang popular menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim ke-3 itu berkata, tiada kesakitan yang lebih perit daripada kehilangan ibu bapa.
"I have lost him forever.....
“ Hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu dugaan demi dugaan, saya amat bersyukur atas pinjaman yang dikurniakan iaitu seorang ayah yang sangat baik,” tulisnya di Instagram.
BACA: Kesihatan merosot, Amylea mohon doa kesembuhan bapa
Pada masa sama, pelantun lagu Kendati itu juga berkata, jika Allahyarham ada berhutang dengan mana-mana pihak mereka boleh menghubunginya.
Sebelum ini, media melaporkan tahap kesihatan bapa Amylea mula merosot pada Julai selepas demam akibat jangkitan kuman, menyebabkan dia terpaksa dirawat di IJN sejak 30 Julai lalu.
Asyraf Roslan
Wed Aug 11 2021

Penyanyi yang popular menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim ke-3 itu berkata tiada kesakitan yang lebih perit daripada kehilangan ibu bapa. - Gambar/ Instagram @AmyleaAzizan
AWANI Ringkas: Birokrasi agihan bantuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Khaled nafi dakwaan naib canselor UPNM 'tempat buangan'
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menafikan dakwaan bahawa jawatan naib canselor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) digunakan sebagai "tempat pembuangan" bagi jeneral tiga bintang dalam angkatan tentera.
Beliau menegaskan bahawa pelantikan pegawai tentera dibuat berdasarkan prinsip profesionalisme dan keperluan organisasi secara strategik.
Beliau menegaskan bahawa pelantikan pegawai tentera dibuat berdasarkan prinsip profesionalisme dan keperluan organisasi secara strategik.
Sidang parlimen: SDG 12 perlu diteliti oleh pihak berkepentingan
Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, ini untuk memastikan pelaksanaan pusat kitar semula yang tidak terlalu mahal disamping menambah baik ekonomi setempat.
Sidang parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2%
12 daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menunjukkan trend positif dengan pencapaian yang lebih baik adalah SDG 1, tiada kemiskinan.

Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah
Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta.
[TERKINI] 3 mangsa maut di konsert pinkfish akibat dadah stimulan
Polis mengesahkan bahawa tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia ketika menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lalu disebabkan pengambilan dadah stimulan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.
[TERKINI] PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bahrain tengah malam ini, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.

Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad
Ibnu Sina Osman dan isteri meneruskan pembuatan Sambal Budu Durian, resipi keluarga hampir empat dekad diusahakan di Kelantan.

Lagu Kertas bawa Noryn keluar dari zon selesa
Kertas ciptaan Amylea tidak sekadar membawa perubahan dalam genre muzik, bahkan mencabar kemampuan diri Noryn.

"I have lost him forever" - Bapa Amylea Azizan meninggal dunia
Allahyarham Azizan Zainal Abidin, 62, telah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 2.30 petang.

Kesihatan merosot, Amylea mohon doa kesembuhan bapa
Penyanyi, Amylea Azizan, memohon orang ramai sama-sama mendoakan kesihatan bapanya yang semakin merosot disebabkan sakit jantung yang dialami sejak dua tahun lalu.

Amylea berhijab demi hormati Ramadan, mahu perbaiki diri dahulu
Amylea Azizan akui bertudung sempena menghormati kedatangan Ramadan kali ini.