Tonggak utama filem aksi fiksyen sains The Terminator, Arnold Schwarzenegger berkata beliau tertarik dengan keramahan masyarakat di negara ini dan akan kembali ke Malaysia.
Pertama kali menjejak kaki ke negara ini, artis Hollywood itu berkata beliau teruja dengan kemesraan masyarakat walaupun belum berkesempatan melawat kebanyakan tempat di negara ini.
"Biarpun saya belum sempat melawat kebanyakan tempat di sini, tetapi apa yang saya dapat lihat adalah masyarakat sini sangat ramah dan saya rasa sungguh teruja."
"I'll be back (saya akan kembali)," kata Schwarzenegger yang juga bekas Gabenor California dalam sesi ceramah 'Disiplin Dalam Tindakan' sempena Forum Transformasi Global 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.
Dalam sesi berkenaan Schwarzenegger yang mengabadikan ungkapan "I'll be back" dalam siri Blockbuster aksi sains fiksyen, 'The Terminator' itu, berkongsi kisah tentang transformasi yang berlaku sepanjang kerjaya beliau.
Schwarzenegger atau lebih dikenali sebagai Arnie yang memulakan kerjayanya sebagai ahli bina badan seawal usia 15 tahun, berkata biarpun berdepan pelbagai cabaran dan kritikan namun ia tidak pernah menghalang impiannya untuk berjaya dalam setiap bidang diceburi.
Prinsip yang diamalkan anak kelahiran Austria itu termasuk kepentingan berwawasan, miliki impian besar, tidak gentar untuk gagal dan berusaha keras telah mendorongnya berjaya sehingga bergelar jaguh bina badan, bintang filem, ahli perniagaan dan juga gabenor.
"Saya tidak pernah hiraukan kritikan terhadap saya. Bermula apabila saya hendak menceburi bidang bina badan, mereka kata saya gila, tidak mungkin saya akan berjaya kerana ia sukan Amerika."
"Kemudian apabila saya ingin menceburi industri perfileman, semua ejen dan eksekutif studio yang ditemui berkata badan saya terlalu besar, atau loghat saya tidak sesuai untuk bidang lakonan," katanya.
Namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya.
Hasil gigih memperbaiki dirinya termasuk mengambil kelas lakonan dan kelas bahasa Inggeris, akhirnya Arnie berpeluang menceburi dunia lakonan menerusi filem pertamanya, Hercules In New York (1970).
Namun, hasil lakonannya menerusi Conan The Barbarian (1982) yang menaikkan nama Arnie sehingga membuatkan dirinya menjadi pilihan utama watak bagi membintangi filem Terminator (1984).
"Apa yang menarik selepas saya berlakon dalam filem Conan, pengarahnya John Milius berkata, 'Jika tiada Schwarzenegger, mungkin mereka terpaksa membina hero bertubuh sasa itu kerana ototnya dan sayalah satu-satunya orang yang boleh memainkan watak tersebut.'
"Sama juga pengarah The Terminator, James Cameron berkata 'jika Schwarzenegger tidak bercakap seperti mesin, mungkin filem tersebut tidak begitu berjaya,' Jadi apa yang pengkritik ungkapkan sebelum ini merupakan liabiliti kini menjadi aset," ujar Arnie kepada kira-kira 3,000 hadirin sesi forum itu.
Ditanya moderator, iaitu wartawan dan personaliti TV, Lorraine Hahn, tentang kemunculan Arnie menggantikan Donald Trump sebagai hos rancangan dalam siri popular The Apprentice, beliau menjawab tidak sabar untuk terlibat dalam program itu bermula Februari tahun hadapan.
Sekiranya, ungkapan You're Fired sering digunakan Trump untuk membuang peserta rancangan berkenaan, kata Arnie, kali ini ia mungkin sedikit berbeza.
"Mungkinkah ia akan menjadi 'Hasta La Vista, Baby', 'You're Terminated' atau 'You Won't Be Back'," katanya sambil tertawa.
Tan Su Lin
Thu Oct 22 2015

Hasil lakonannya menerusi Conan The Barbarian (1982) yang menaikkan nama Arnie sehingga membuatkan dirinya menjadi pilihan utama watak bagi membintangi filem Terminator (1984). - Gambar Astro AWANI/TAN SU LIN

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Arnold Schwarzenegger sokong Kamala Harris untuk Presiden
Schwarzenegger menegaskan bahawa beliau -sentiasa akan menjadi rakyat AS sebelum menjadi Republikan".

Arnold Schwarzenegger terlibat nahas jalan raya di Los Angeles
Menurut polis, seorang wanita turut cedera dalam nahas yang membabitkan empat kenderaan itu.

Arnold Schwarzenegger mengakui 'rasa hebat' selepas pembedahan jantung
Pelakon itu, yang dilahirkan dengan kecacatan jantung, menjalani pembedahan kecemasan pada 2018 bagi menggantikan injap pulmonari.

Minggu pertama 'Terminator: Dark Fate' hanya kutip AS$29 juta
Angka yang dikeluarkan Paramount tersebut dilihat sangat membimbangkan buat filem keenam sekuel itu, yang menelan bajet lebih AS$180 juta.

Burt Reynolds meninggal dunia akibat serangan jantung
Reynolds, yang berusia 82 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Florida, di sisi keluarganya.

I'm back! Arnold Schwarzenegger masih hidup
Kali terakhir Schwarzenegger tampil di khalayak umum adalah pada Rabu lalu sehari sebelum pembedahan berkenaan.

Hartanah mewah Jennifer Aniston, JLO dan Arnold terancam akibat kebakaran LA
Beberapa kediaman mewah dan rata-ratanya mahal di dunia milik selebriti Hollywood diancam kebakaran hutan terbesar di Los Angeles.

"I'll be back ..." kata Arnold Schwarzenegger kepada Malaysia
Tonggak utama filem aksi fiksyen sains The Terminator, Arnold Schwarzenegger berkata beliau tertarik dengan keramahan masyarakat di negara ini dan akan kembali ke Malaysia.

'Terminator' beramah mesra dengan peminat
Sebahagian dari rangka promosi filem Terminator Genisys, Arnold Schwarzenegger berjalan sekitar Los Angeles dan menarik perhatian ramai pengunjung.

'Terminator 5' memulakan pengambaran awal tahun depan
Arnold Schwarzenegger mengesahkan filem 'Terminator 5' akan memulakan pengambaran awal tahun depan.