HARI perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari gembira bertukar duka buat seorang wanita apabila menerima perkhabaran kehilangan ibu tercinta buat selamanya.
Hal tersebut itu dikongsikan oleh akaun TikTok Mawi Khaili, yang bercerita mengenai kisah kawannya yang kehilangan ibu pada hari bergelar raja sehari.
“Ini kisah kawan baik aku nama dia Ika, yang baru sahaja berkahwin pada 26 Ogos 2023. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Pengantin nampak gembira. Tapi lebih kurang setengah jam dia selesai bernikah, dia dapat perkhabaran yang sangat mendukakan.
“Dia terpaksa bergegas ke Hospital Kuala Lumpur untuk melihat ibunya yang sedang kritikal. Sampai sahaja di hospital, ibunya telah menghembuskan nafas terakhir. Bagaimana aku nak gambarkan perasaan yang dia rasa? Gembira sedikit tapi dukanya yang lebih,” katanya.
Mawi berkata, bagaimanapun, dia berasa bangga dengan Ika kerana kuat untuk menguruskan jenazah ibunya sebaik yang mungkin.
“Aku bangga dengan dia. Dia kuat untuk berdiri uruskan jenazah sebaik yang mungkin. Walaupun keadaan dia tak stabil dan emosi dia terlalu sedih, tapi dia terpaksa kuatkan diri untuk kembali ke majlis persandingan dia.
“Bukan untuk meraikan tetapi menghormati tetamu yang hadir dari seluruh negeri. Keluarga yang datang daripada jauh, Indonesia, Singapura,” katanya.
Sebelum mengakhiri videonya, Mawi turut berkongsi yang ayah Ika yang berkerusi roda turut datang ke pusara ibunya.
“Ini ayah kepada Ika. Walaupun berkerusi roda tetap menemai isteri tercinta. Aku rasa aku patut dokumentasikan cerita ini. Kalau kita rasa sedih, kalau kita rasa susah, ingat ramai yang lagi sedih daripada kita, ramai yang lagi susah daripada kita,” tutup Mawi.
Meninjau ruangan komen, ramai yang turut berduka cita dan memberi sedekah Al-Fatihah buat ibu Ika. - Gempak
Gempak
Tue Aug 29 2023

Hari perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari gembira bertukar duka buat Ika apabila menerima perkhabaran kehilangan ibu tercinta buat selamanya. - Gambar GEMPAK
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ibu Zarina Zainuddin meninggal dunia
Berita duka itu dikongsi Zarina di Instagram (IG) yang memaklumkan ibu tersayang menghembuskan nafas terakhir selepas waktu Subuh tadi.

Mariah Carey sugul, ibu dan kakak meninggal dunia pada hari sama
Penyanyi popular Mariah Carey sedang berduka apabila kehilangan dua insan terdekat dalam hidupnya.

Ibu sempat siapkan ketupat untuk anak sambut Aidilfitri sebelum meninggal atas sejadah
"Mama sempat siapkan ketupat sejuk beku untuk hidangan kami sekeluarga pada pagi Aidilfitri ini sebelum ditemui meninggal dunia di rumahnya malam tadi".

Ibu Anas, Faizal Tahir meninggal dunia
Ibu Faizal dan Anas, Muzlipah Aishah Pawanteh, meninggal dunia pada hari ini.

Wanita meninggal dunia selepas ajar anak tenat syahadah
Diceritakan oleh seorang doktor menerusi platform X, kisah tersebut bermula ketika si anak mengalami masalah sesak nafas dan dikejarkan ke hospital.

Ibu meninggal dunia pada hari perkahwinan, anak sayu urus jenazah
Setengah jam selepas diijab kabul, Ika terima berita pemergian ibunya ke rahmahtullah.

Bakti pelajar cemerlang SPM kepada ibu hingga ke liang lahad
Bakti pelajar cemerlang 11A SPM Muhammad Syahril Saidi terhadap ibunya hingga ke akhir hayat selepas wanita itu selamat dikebumikan pada Ahad.

Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Tuan Faridah Tuan Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.

Ibu penyanyi Kaka Azraff meninggal dunia
Ibu kepada penyanyi Kaka Azraff, Redida Aziz, meninggal dunia pada Ahad.

"Sungguh adik rindu" - Selepas ibu, bapa Abby Abadi pula meninggal dunia
Dalam masa tidak sampai setengah tahun, bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi diuji kehilangan kedua-dua ibu bapanya.