BARU-BARU ini identiti isteri kepada bekas anggota Running Man, Kang Gary didedahkan sebuah portal di Korea.
Antara yang menjadi perhatian selepas Portal E Daily mendedahkan tentang isteri Gary ialah, usia wanita tersebut.
Isteri Gary yang dikenali sebagai Kim itu dikatakan muda 10 tahun daripadanya.
Menurut laporan Soompi, Kim merupakan pekerja di syarikat milik Gary dan pasangan duonya, Gil, Leesang.
Kim telah berkhidmat di syarikat tersebut sejak lima tahun lalu dan menurut laporan E Daily wanita itu seorang yang sangat cantik.
Menariknya, tiada sesiapa pun dapat menghidu hubungan cinta mereka termasuk Gil dan rakan sekerja lain.
Terdahulu, identiti isteri Gary menjadi tanda tanya peminat selepas mengumumkan perkahwinannya bersama seorang wanita bukan selebriti pada 5 April lalu.
Gary melangsungkan perkahwinannya bersama Kim secara rahsia tanpa sebarang majlis.
Hasil perkahwinan tersebut, Gary dikurniakan seorang cahaya mata pada 17 November lalu.
Gempak
Fri Jan 12 2018

Terdahulu, identiti isteri Gary menjadi tanda tanya peminat selepas mengumumkan perkahwinannya bersama seorang wanita bukan selebriti pada 5 April lalu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Langgar warga emas dan tidak tolong mangsa, DJ K-pop Yesong dipenjara
Ahn Ye Song dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas didapati bersalah melanggar sehingga mati seorang warga emas.

Penstriman K-pop meningkat 362 peratus di peringkat global dalam tempoh 5 tahun
Penstriman muzik K-pop di platform penstriman terbesar dunia, Spotify, melonjak dalam tempoh lima tahun lepas.

Empat anggota BTS sedia mulakan khidmat tentera
Mereka bakal mengikut jejak langkah tiga anggota lain kumpulan K-pop itu yang berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun.

"Kami masih berbincang" - Agensi nafi Lisa Blackpink tolak tawaran kontrak baharu
Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan perbincangan antara kedua pihak masih berjalan.

Selepas Jin, BigHit umum J-Hope BTS pula akan sertai perkhidmatan tentera
Anggota kumpulan K-pop BTS, J-Hope, membatalkan permohonan untuk menangguhkan pendaftaran menyertai perkhidmatan tentera, menurut ejen kumpulan itu pada Ahad.

Jin BTS sertai latihan ketenteraan 13 Disember
Anggota kumpulan K-pop BTS, Jin dilaporkan bakal menyertai perkhidmatan mandatori ketenteraan pada 13 Disember ini.

Lagu 'Pink Venom' BLACKPINK dahului carta di 69 negara
Single terbaru kumpulan K-pop BLACKPINK "Pink Venom" mendahului carta iTunes di 69 negara di seluruh dunia.

BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur Mac 2023
Kumpulan K-pop BLACKPINK bakal menemui 'BLINKs' di Malaysia tidak lama lagi.

BTS sekali lagi cipta rekod baharu Spotify
Lagu baharu BTS "Yet to Come" memecah rekod sebagai debut Spotify terbesar untuk lagu berbahasa Korea.

Big Bang ungguli carta dunia dengan 'Still Life'
Ia merupakan lagu terbaharu Big Bang sejak empat tahun lalu.