Bagi komuniti karyawan seni khususnya yang terlibat dalam pembikinan filem, berpeluang menghadiri majlis berprestij seperti Festival Filem Cannes tentunya menjadi impian dan kepuasan, apatah lagi jika tercalon untuk tayangan khas mahupun dipertandingkan.
Begitu juga bagi pelakon berkarisma Wan Hanafi Su, 66, yang menganggap impiannya kini tercapai apabila filem Apprentice terbitan produksi Singapura terpilih untuk tayangan perdananya di Cannes.
"Saya dah lama bermimpi untuk lakonan saya ditayangkan di Cannes.
"Bila dah umur 66 tahun ni, baru tercapai impian saya, maka saya rasa terharu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Baginya, Apprentice yang terpilih sebagai antara filem yang membuat tayangan perdana di Festival Filem Cannes membuatkan dirinya rasa puas apabila karya dinikmati penonton yang datang dari seluruh dunia.
Tidak kurang dengan itu, Wan Hanafi turut menganggap ia sebagai satu cabaran baharu untuknya melakukan lebih baik pada masa hadapan.
"Ia takkan habis di sana. Kalau Tuhan izinkan lagi saya untuk bekerja, saya akan buktikan yang lebih daripada apa yang orang lain anggapkan sebagai cukup baik," tambahnya.
Filem arahan Boo Junfeng itu melakarkan sejarah tersendiri buat pengarah berasal dari Singapura berkenaan kerana ia merupakan filem kedua arahannya berjaya ditayangkan di Cannes.
Tayangan perdana Apprentice di Cannes dijadualkan pada 17 Mei ini dan seterusnya bakal ditayangkan di pawagam Singapura, Jerman, Perancis, Hong Kong dan Qatar.
Hilal Azmi
Mon May 02 2016

WAN HANAFI SU: Satu cabaran baharu untuk melakukan lebih baik pada masa hadapan.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Filem 'Apprentice' lakonan Wan Hanafi Su, buat orang beremosi di Festival Filem Cannes
Sebelum Boo Junfeng membikin filem barunya mengenai hukuman mati, beliau banyak menghabiskan masa bersama beberapa orang subjek termasuk seorang tukang gantung yang sudah bersara di Singapura.

Impian Wan Hanafi Su ke Cannes tercapai
Aktor berkarisma itu menganggap impiannya kini tertunai apabila filem Apprentice terpilih untuk tayangan perdananya di Cannes.