PENGACARA dan penyampai radio ERA, Hani Fadzil mendedahkan pada awalnya, dia hanya menganggap kesakitan yang dialami oleh suaminya, Wan Faiz Wan Nor hanya gastrik semata-mata.
Menurut Hani, suaminya adalah seorang yang susah untuk ke hospital jika sakit namun pada kejadian itu, dia sendiri yang meminta untuk dibawa ke sana.
"Faiz mengadu susah untuk bernafas, rasa angin dalam badan tetapi saya anggap dia hanya sakit gastrik.
"Dua kali kami pergi ke klinik yang berbeza tetapi dia masih mengadu sakit. Selepas saya habis kerja, Faiz sendiri meminta saya bawanya ke hospital.
"Doktor maklumkan, pembedahan harus dilakukan serta merta kerana di bahagian kanan paru-parunya sudah kempis," katanya.
Hani ditemui di Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Pilihan YB Syed Saddiq dengan Dugong All Stars di Stadium Muar, Johor baru-baru ini.
Tambah Hani, buat masa ini suaminya diberi cuti rehat dan tidak boleh menaiki kapal terbang selama tempoh tiga bulan.
"Selama Faiz diberi cuti rehat, dia tidak boleh mengangkat barang serta tidak dibenarkan menaiki kapal terbang selama tempoh tiga bulan kerana akan memberi tekanan kepada paru-parunya.
"Faiz dijangka akan kembali pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan lagi," katanya kepada Gempak.
Gempak
Thu Sep 20 2018
Hani Fadzil mendedahkan pada awalnya, dia hanya menganggap kesakitan yang dialami oleh suaminya hanya gastrik semata-mata.
Astro menang lima Anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam acara berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Ini merupakan kemenangan Astro ke-15 berturut-turut dengan sekali lagi merangkul Anugerah Platinum.
Ini merupakan kemenangan Astro ke-15 berturut-turut dengan sekali lagi merangkul Anugerah Platinum.
Penyertaan UK buka laluan lebih mudah pelaburan ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sesuatu perkembangan yang positif apabila sesebuah kerajaan Inggeris bersetuju untuk menyertai perjanjian tersebut.
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN bermula hari ini
Malaysia akan mengetengahkan tiga tonggak utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya selaku pengerusi ASEAN 2025.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ini bertujuan memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ini bertujuan memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bermula hari ini
Penganalisis melihat, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) yang bermula hari ini, secara simboliknya adalah permulaan kepada peranan Malaysia sebagai pengerusi negara serantau.
Jangan pandang rendah teknologi dan bakat di Malaysia - PM
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelabur global secara berterusan mengiktiraf penguasaan teknologi yang ada di Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelabur global secara berterusan mengiktiraf penguasaan teknologi yang ada di Malaysia.
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Ini berdasarkan dapatan analisis toksikologi daripada Jabatan Kimia, minggu lepas.
TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.
ASEAN 2025: Kompleks Kraf Langkawi bersedia terima kunjungi delegasi
Delegasi ASEAN juga berpeluang membeli-belah pelbagai produk kraf dari seluruh Malaysia yang ditempatkan di bawah satu bumbung di kompleks itu.
Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
Ziana Zain selamat jalani pembedahan bariatrik selepas kerap diserang gastrik
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik video yang menunjukkan perjalanannya melakukan rawatan berkenaan.
Gastrik bukan alasan untuk tidak berpuasa - Pakar kesihatan
Mereka yang telah lama menghidap penyakit itu sepatutnya membuat persiapan tertentu bagi membolehkan mereka menjalani ibadah puasa dengan lancar.
Ustaz Kazim dirujuk ke hospital susulan tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu
Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi ekoran beberapa komplikasi selepas menghadapi masalah tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu hingga kini.
Sakit ulu hati disangka gastritis, rupanya petanda sakit jantung
Golongan wanita terutamanya terdedah dengan simptom berkenaan dengan simptom lain seperti kebas tangan.
Serangan jantung: Golongan muda perlu segera ubah gaya hidup - Pakar
Golongan muda dinasihatkan mengawal gaya hidup dengan pemakanan sihat, mengurangkan risiko diabetis, kerap bersenam dan tidak merokok untuk menjauhi serangan sakit jantung.
Ingatkan gastrik, rupanya... - Hani Fadzil
Menurut Hani, suaminya adalah seorang yang susah untuk ke hospital jika sakit namun pada kejadian itu, dia sendiri yang meminta untuk dibawa ke sana.
Dihina asyik mengah dan gemuk, ini transformasi Mariah Carey!
Penyanyi terkenal Mariah Carey akhirnya memutuskan untuk menjalani pembedahan gastric sleeve untuk menurunkan berat badannya.