PELAKON Bell Ngasri tidak dapat menahan rasa berang terhadap persembahan pelawak Jocelyn Chia yang memperlekehkan Malaysia termasuk menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenaka.
Menurut Bell, atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, wanita berkenaan terlalu mencuba untuk menjadi kelakar sehingga tidak memikirkan bahan jenaka yang ingin dipersembahkan.
“Kesian Ah Soo ni. Hidup tertekan sangat dekat sana ke atau mungkin nak kan populariti Singapura atau salah amik barang ke? Sampai tak tahu beza mana lawak, mana yang menghina.
“Termasuk jugalah yang duduk gelakkan tu. Kesian, hidup dalam tertekan. Jadi tak lawak pun kena gelak juga,” tulisnya.
Rasa berang itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama 17 Puasa itu menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram.
Malah, Bell turut menyifatkan Jocelyn seperti tiada maruah kerana tanpa segan silu mempersendakan tragedi MH370 yang menjadi detik hitam buat keluarga mangsa.
“Nak perli atau berlawak tu biar berakal. Bukan guna ayat carutan macam orang yang tak mempunyai maruah sebegini.
"Ini bukanlah lawak 'stand-up comedy' tapi lebih kepada penghinaan daripada seorang yang saya rasakan sangat hina.
“Ada pula yang menyokong 'pelawak' ni dengan apa yang dipaparkan. Langsung tak menjaga sensitiviti dan perasaan orang yang kehilangan ahli keluarga akibat kehilangan MH370.
“Ini bukan lawak. Ini 'try hard' nak jadi kelakar. Kasihan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, kerajaan Singapura telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau Jocelyn.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, berkata beliau amat terkejut dengan komen menyinggung perasaan yang dibuat oleh Jocelyn dalam satu persembahan komedi berdiri, baru-baru ini.
“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau mengguris hati perasaan orang lain,” katanya.
Beliau turut menegaskan, Jocelyn tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura dan kata-kata atau tindakannya sama sekali tidak mencerminkan pandangan negara itu.
“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala dalam satu kenyataan. -Media Hiburan
Media Hiburan
Fri Jun 09 2023

Bell (kiri) menyifatkan Jocelyn (kanan) seperti tiada maruah kerana tanpa segan silu mempersendakan tragedi MH370 yang menjadi detik hitam buat keluarga mangsa. -Media Hiburan

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Jocelyn Chia terus perlekeh Malaysia, persoal kenapa The 1975 tidak diburu polis antarabangsa
Pelawak wanita kelahiran Singapura sifatkan kumpulan The 1975 mangsa terbaharu yang disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia seperti dirinya.

Tiada permohonan, kelulusan persembahan 'Apology Tour' oleh Jocelyn Chia, Chrissie Mayr
Persembahan tersebut didakwa akan berlangsung pada 26 Ogos depan di ibu negara.

Pembabitan Interpol hanya akan buat saya lebih 'popular' - Jocelyn Chia
Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia memberitahu BBC dia tidak berniat mempersendakan tragedi dan mangsa MH370, tetapi cuba mencari jenaka dalam tragedi tersebut.

Polis mohon Interpol dapatkan identiti penuh, lokasi pelawak Jocelyn Chia - KPN
PolisMalaysia akan membuat permohonan kepada Interpol untuk mendapatkan identiti penuh dan lokasi terkini pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia.

Jenaka Jocelyn Chia tidak sensitif, biadab - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata, tidak ada manusia yang waras dan rasional boleh menerima jenaka yang memperlekeh, menghina dan mempersenda itu.

Lawak hina Malaysia: KJ, Shahril Hamdan 'sekolahkan' Jocelyn Chia
Kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak tersebut.

Ini penghinaan daripada orang yang sangat hina - Bell Ngasri
Menurut Bell, wanita berkenaan terlalu mencuba untuk menjadi kelakar sehingga tidak memikirkan bahan jenaka yang ingin dipersembahkan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jadikan tragedi MH370 bahan lawak tindakan biadab, tidak berperikemanusiaan - Loke
Loke berkata susulan isu yang turut mendapat reaksi negatif oleh pelbagai pihak, beliau juga telah menghantar mesej kepada rakan sejawatannya dari Singapura S. Iswaran.

'Anak saya masih menangis hilang ayah, tapi anda jadikan MH370 jenaka'
Intan Maizura meluahkan perkara itu susulan tindakan melampau pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekeh dan menghina Malaysia menerusi persembahan komedi.