TIDAK kenal maka tidak cinta! Sepanjang 11 tahun usia perkahwinan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, pasangan ini betah berdepan pelbagai kontroversi.
Mengenali dengan lebih rapat pasangan Aliff Syukri dan Shahida, Astro Gempak membongkar peribadi usahawan kosmetik terkenal itu daripada sudut pandangan seorang wanita.
Akui Shahida, dia sering berdepan kritikan dan kutukan segelintir netizen yang mengasihani dirinya beroleh seorang suami 'gila glamor' seperti Aliff Syukri. Namun, ini jawapan daripada Shahida sendiri!
"Bila orang komen kasihan isteri dapat suami sebegini tapi orang yang komen tak tahu siapa suami saya.
"Dia baik daripada orang lain. Lainnya dia (Aliff Syukri) dia tidak pernah keluar malam, tak melepak dan tidak mengutuk orang sesuka hati dia.
"Dia lebih pentingkan keluarga, malah kalau nak keluar pergi kedai bunga pun dia akan ajak saya.
"Aliff Syukri seorang anak yang sangat sayangkan ibunya. Saya tidak pernah bertemu dengan lelaki sebaik ini yang sampaikan setiap kali memasakkan hidangan untuk ibunya dia akan hias cantik-cantik. Kalau boleh suap pun dia akan suap.
"Jujur saya katakan, dia seorang lelaki yang sangat menghormati orang lain terutama yang lebih berusia.
"Sepanjang hidup saya bersama dia, apa yang boleh saya simpulkan dia memang mulut cabul, tapi kalau marah dia cuma lima minit sahaja," cerita Shahida kepada Astro Gempak.
Pasangan itu ditemui di Lombok, Indonesia baru-baru ini sempena meraikan keluarga, kakitangan dan stokis terbaik d'Herbs Terlajak Laris.
Aliff Syukri dan Shahida yang telah berkahwin pada Ogos 2007 dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5. Shahida juga kini sedang hamil enam bulan.
Gempak
Wed Feb 07 2018

Akui Shahida, dia sering berdepan kritikan dan kutukan segelintir netizen yang mengasihani dirinya beroleh seorang suami 'gila glamor' seperti Aliff Syukri. - Foto Astro Gempak
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Fahmi minta MCMC ambil tindakan bersesuaian berhubung video Aliff Syukri
Ia berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial.

“Kalau boleh setia pada satu isteri, nak jaga dua bukan senang” - Nasihat Aliff Syukri
"Cuba kita ni sebagai seorang lelaki isteri kita tu ada dua suami, apa kita rasa? Benda bukan mudah untuk kita terima."

Ibu Aliff Syukri dedah miliki rumah 7 bilik di London - beli hutang, bukan tunai
Rozita berkata, hasil berjimat cermat, rumah berkenaan merupakan hadiah untuk dirinya sendiri.

Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.

Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!
Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.

Aliff Syukri, isteri timang anak keenam
Luqman Al-Hakim nama pilihan untuk cahaya mata terbaharu pasangan itu.

'Keluar tangan dulu' - Isteri Aliff Syukri kongsi pengalaman bersalin anak keenam
Shahida berkongsi pengalaman pertama berdepan dengan komplikasi anaknya yang lahir mengeluarkan tangan terlebih dahulu.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

Aliff Syukri tidak mengaku buat video sumbang
Aliff Syukri hadir di mahkamah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.

Buat drama lagi? Aliff Syukri akui ada masalah mental
Usahawan kosmetik kontroversi itu juga umum undur diri dari media sosial.