MISS Universe Malaysia, Lesley Cheam bakal menyarung persalinan berinspirasikan gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu untuk pertandingan Miss Universe yang dijadualkan berlangsung di Amerika Syarikat pada Januari 2023.
Kostum berwarna metalik itu merupakan interpretasi pereka fesyen Hatta Dolmat yang turut diserikan dengan perincian batu jemeki.
Ia melambangkan batuan granit yang tidak sebati dengan pembentukan Gunung Kinabalu dan warna-warna yang digunakan juga melambangkan kekuatan serta keyakinan!
Dengan berat lebih 10 kilogram, kostum yang mengetengahkan ciri-ciri kelestarian alam semulajadi itu menggunakan fabrik terpakai daripada termasuk poluethylene terephythalate (PET) yang biasanya digunakan untuk menghasilkan botol plastik serta pembungkus makanan.
Kata Pengarah Nasional Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO), Elaine Daly, kostum itu menyampaikan satu mesej progresif kepada masyarakat global.
"Kostum kebangsaan ini merupakan salah satu highlight dalam pertandingan ratu cantik ini. Di MUMO kami sentiasa all out saban tahun termasuk juga kali ini.
"Kami mempromosikan fesyen kitar semula dalam usaha membantu pemanasan global yang semakin luar kawalan.
"Dalam masa sama, kami juga menampilkan kemegahan Malaysia iaitu Gunung Kinabalu untuk dipersembahkan kepada dunia," ujarnya.
Difahamkan, Hatta terdahulu mempersembahkan beberapa rekaan lain yang diilhamkan dari Wau Bulan dan Wayang Kulit.
Namun organisasi Miss Universe Malaysia sebulat suara memilih kostum berinspirasikan Gunung Kinabalu itu.
Selain itu, acara terbabit turut mengumumkan gaun malam yang berinspirasikan nebula.
Jom lihat foto-foto menarik sepanjang majlis pengumuman kostum kebangsaan dan gaun malam Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam. -- Gempak
Gempak
Wed Dec 07 2022

Kostum berwarna metalik itu merupakan interpretasi pereka fesyen Hatta Dolmat. - Gempak
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Miss Universe Malaysia 2018 lancar kempen antibuli siber #DareToShout
Miss Universe Malaysia 2018 Jane Teoh hari ini melancarkan Kempen Antibuli Siber #DareToShout bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenayah itu dalam kalangan masyarakat.

Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam
Eleen berkata, pihaknya ingin menyebarkan positiviti dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

Inilah kostum kebangsaan Miss Universe Malaysia berinspirasikan Gunung Kinabalu!
Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam bakal menyarung persalinan berinspirasikan gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu untuk pertandingan Miss Universe.

Francisca Luhong dan cabaran mengakhiri penantian Malaysia di pentas Miss Universe
Misi mengukir nama Malaysia sebagai pesaing hebat di pentas Miss Universe berjaya digalas dengan cemerlang oleh gadis jelita kelahiran negeri Bumi Kenyalang, Francisca Luhong James.

"Bukan hanya mewakili Sarawak, tetapi Malaysia keseluruhannya..." - Francisca Luhong
Peluang untuk mewakili negara ke pentas Miss Universe akan digunakan sebaik mungkin untuk menonjol setiap sisi unik Malaysia ke pentas antarabangsa itu nanti.

Malaysia juara National Costume Miss Universe 2019
Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Miss Universe, tahun ini Malaysia yang diwakili Shweta Sekhon berjaya raih kemenangan menerusi segmen National Costume.

Zozibini Tunzi wanita kulit hitam ke-6 dimahkotakan Miss Universe
Di saat peminat ratu cantik seluruh dunia meletakkan beberapa nama sebagai pemenang Miss Universe 2019, ratu cantik dari Afrika Selatan ini menyangkal semua ramalan tersebut.

Ratu Malaysia tergelincir! Apa jadi dengan lantai pentas Miss Universe?
Shweta yang bermula garang bagaimanapun berjaya bangun walaupun terjatuh dalam aksi penuh dramatik di pentas peragaan kecil tersebut.

Aura terserlah! Gadis Punjabi Shweta Sekhon dimahkota Miss Universe Malaysia 2019
Menepati ramalan, itu kata-kata penonton yang hadir pada malam gala Miss Universe Malaysia 2019 apabila Shweta Sekhon diumumkan sebagai pemenang.

Berhenti mengutuk, anda tidak tahu apa yang berlaku 'behind the scene' - Elaine Daly
Prestasi ratu cantik Malaysia di pentas Miss Universe yang tidak menyerlah semakin raih perhatian netizen dan pencinta pertandingan ini.