LAMAN sosial media dibanjiri banyak kisah manis mengenai Rudy Imran Shamsuddin sebaik berita mengenai pemergiannya tersebar tengah hari semalam.
Satu demi satu pengalaman dan momen-momen indah sepanjang bersahabat dengannya dikongsi ramai kenalannya.
Terlalu banyak kebahagiaan dan kebaikan yang sudah dikongsi beliau rupanya sepanjang hayatnya.
Maka, tidak hairanlah kenapa ramai sahabat berhimpun di kediaman keluarga beliau di Semenyih, Selangor semalam untuk memberi penghormatan terakhir.
Bahkan, ketika solat jenazah di Masjid Raja Muda Musa di pekan Semenyih sejurus selepas solat asar, mereka yang menziarahi Rudy Imran tidak melepaskan peluang menyertainya.
Membawa sehingga ke liang lahad, perjalanan akhir Rudy Imran juga ditemani rakan-rakan yang menyayangi beliau.
Sebak dan pilu benar aku wahai sahabat. Air mata menitis tanpa disedari.
Pemergian kau ke rahmatullah benar-benar menjentik emosi aku mengenangkan bahawa asbab pada setiap satu kebaikan yang dilakukan akan dilihat di hari akhir seseorang itu di muka bumi.
Itulah yang aku lihat di depan mata.
Beruntung kau Rudy, ramai yang menyayangi kau.
Doa tidak putus-putus dipanjatkan mengiringi perjalananmu ke alam barzakh.
Demikian juga dengan urusan perjalananmu ke negeri abadi sangatlah mudah dan lancar wahai Rudy Imran.
Kau menutup usia sekitar pukul 11.30 pagi dan menjelang 5.30 petang segala urusan pengebumian selesai.
Hilang sudah lelahmu di dunia ini sahabat.
Kami semua sedia maklum, sejak lebih tiga tahun lalu, kau menahan sakit. Namun, ada masanya kau cuba menyembunyikan sakit itu, enggan rakan-rakan bimbang dan bersedih.
Kami sangat memahaminya.
Kini, kau pergi membawa seluruh kenangan yang pernah kita sama-sama kumpul sepanjang lebih 25 tahun kita bersahabat.
Kau dan aku sebaya, bahkan, kerjaya kita sebagai wartawan juga bermula pada tahun yang sama iaitu 1994.
Kita berdua bersama rakan-rakan lain sentiasa bersaing di gelanggang kewartawanan. Kita juga merencana masa depan mengikut kemampuan kita.
Alhamdulillah, kita punya kerjaya yang baik dan yang istimewanya, kita juga berjiran.
Aku masih ingat semasa kita sama-sama kelam-kabut ke sebuah pusat beli-belah semata-mata untuk membeli apartmen yang dijual selepas didesak oleh sahabat kita, Rouslan Mokhtar (Abang Lan) yang bersungguh-sungguh meyakinkan kita bahawa pelaburan itu adalah berbaloi.
Kita telah buat keputusan yang tepat, memiliki rumah pertama di Kuala Lumpur. Alhamdulillah.
Dalam beberapa aspek, kau mendahului aku termasuk membuat keputusan melanjutkan pelajaran secara luar kampus di UiTM dalam bidang komunikasi massa.
Kau awal beberapa tahun berbanding aku yang sedikit ketinggalan.
Rudy Imran, kita telah merentasi sebuah perjalanan yang cukup panjang.
Aku berterima kasih kepada Allah kerana menemukan seorang sahabat yang sangat ceria, penuh falsafah, tinggi cita-cita dan sentiasa berada di sisi ketika teman-teman memerlukan.
Ketika artikel ini ditulis sekitar pukul 11 malam Khamis iaitu beberapa jam selepas kau tiba di tempat berehat abadi, aku masih sebak.
Pelbagai rasa bercampur baur ketika penulisan ini sedang dilakukan.
Dalam fikiran aku tertanya-tanya, perlukah aku menulis belasungkawa ini? Sampaikah hati aku untuk melakukannya pada seorang sahabat lama?
Dan yang paling membuatkan aku benar-benar rasa sedih ialah mampukah untuk aku merujuk dan menyapa sahabat aku ini dengan panggilan Allahyarham atau arwah di awal nama beliau?
Jika ditanya secara jujurnya, aku benar-benar tidak mampu dan kerana itu tidak ada walau sekali sapaan itu aku tuliskan di dalam artikel ini.
Rudy Imran, damailah kau di sana. Kami pasti akan menyusul satu hari nanti. Insya-Allah kita berjumpa di pintu syurga kelak.
Sahabat, kau telah tinggalkan 1,001 kemanisan dalam hidup kami. Terima kasih di atas segala-galanya.
Doa kami semoga Yang Maha Esa menempatkan sahabat kami Rudy Imran di sisi para solihin.
Kami menyayangi kau Rudy Imran.
Al-Fatihah…
Saharudin Musthafa
Fri Apr 01 2022
![Insya-Allah kita berjumpa di pintu syurga ya Rudy... Insya-Allah kita berjumpa di pintu syurga ya Rudy...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648740629_RudyImranShamsuddi.jpg)
Penulis lirik ternama, Rudy Imran Shamsuddin yang juga bekas wartawan hiburan menghembuskan nafas terakhir pada usia 47 tahun pada Khamis. -Facebook
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340661_tbKonvoiwargabrun.jpg)
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
![Insya-Allah kita berjumpa di pintu syurga ya Rudy... Insya-Allah kita berjumpa di pintu syurga ya Rudy...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648740629_RudyImranShamsuddi.jpg)
Insya-Allah kita berjumpa di pintu syurga ya Rudy...
Terlalu banyak kebahagiaan dan kebaikan yang sudah dikongsi Rudy Imran sepanjang hayatnya.
![Rudy Imran penulis lirik Lelaki Teragung meninggal dunia Rudy Imran penulis lirik Lelaki Teragung meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648703439_RudyImranShamsuddi.jpg)
Rudy Imran penulis lirik Lelaki Teragung meninggal dunia
Allahyarham yang berusia 47 tahun meninggal dunia akibat penyakit kanser usus yang sudah dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.