Usahawan dan wanita yang dikaitkan sedang rapat dengan sutradara terkenal Syamsul Yusof, Irene Deanna tampil menjelaskan hubungan sebenar antara mereka.
Jelas Irene, 25, dia akui terkejut dengan spekulasi yang disebutkan netizen dan menegaskan mereka berdua hanya sekadar rakan niaga.
“Saya tiada komen sebab saya tak ada apa-apa pun nak ulas.
“Tiba-tiba jer, saya pun terkejut. Kenapa jadi macam ni? (nama dipetik),” jelasnya ringkas.
Irene ditemui pada majlis sidang media Konsert Stars On Fire Hrithik Roshan di Kuala Lumpur. Sempena konsert ini, Utama Motors menjadi antara penaja utama.
Dalam pada itu, Irene menegaskan spekulasi yang tercetus itu tidak mengganggu konsentrasinya.
“Tak mengganggu pun. Tak ada apa pun, saya buat kerja macam biasa. Tak rasa stress pun, okey jer,” tambahnya.
Enggan mengeruhkan keadaan, jelas Irene lagi, foto dan video yang tular itu dirakamkan dalam salah satu acara yang dianjurkan syarikatnya.
“Itu gambar sahaja, dia datang sebab ada urusan kerja dengan syarikat ibu bapa saya dan kami tangkap gambar macam biasa. Sekadar ‘hi’ dan ‘bye’ sahaja.
“Jujurnya tiada komen apa-apa sebab tiada apa-apa pun,” tegasnya.
Ditanya adakah Irene sudah punyai teman lelaki jawabnya; “Itu pun no comment.”
Terdahulu, tular beberapa foto dan video memperlihatkan Syamsul dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Irene Deanna sehingga timbul dakwaan mengatakan mereka sedang punya hubungan istimewa. - Gempak
Gempak
Mon Nov 06 2023

Irene menegaskan spekulasi yang tercetus itu tidak mengganggu konsentrasinya. - Gambar Gempak
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Muat naik kandungan 3R, lelaki disiasat MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat seorang lelaki tempatan, 47 tahun yang disyaki memuat naik kandungan palsu berunsur 3R.
Suspek menyentuh sensitiviti agama menerusi akaun Facebook miliknya.
Suspek menyentuh sensitiviti agama menerusi akaun Facebook miliknya.

Pulau Pinang terima penerbangan terus dari sebuah bandar di China suku kedua 2025 - Exco
Pulau Pinang mengalu-alukan laluan penerbangan terus baharu dari sebuah bandar utama di China yang dijangka bermula pada puncak musim perjalanan Minggu Emas Hari Pekerja di China.
Perbelanjaan baiki tandas sekolah cecah RM1 bilion
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, masalah infrastruktur sekolah di negara ini antara perkara awal yang menjadi keutamaan ketika diberi tanggungjawab memegang portfolio Menteri Kewangan.
Ramadan tekankan kesedaran bantu golongan kurang bernasib baik
Bulan Ramadan menekankan pentingnya tanggungjawab termasuk kesedaran tambahan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik termasuk jiran, kariah dan rakan sekeliling.
Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Perlawanan pertama Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski menentang Nepal akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, pada 25 Mac.
[TERKINI] Faisal Halim kembali tersenarai dalam pasukan Harimau Malaya
Tiada pemain warisan baharu yang akan menyarung jersi Harimau Malaya menghadapi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim bulan ini.

98.86 peratus pelajar SBP ambil pakej STEM - KPM
Semua sekolah berasrama penuh (SBP) sedang melaksanakan pakej bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha merealisasikan sasaran dasar 60 peratus murid dalam bidang STEM.

Malaysia menuju tenaga nuklear? Ini 5 faktor perlu diberi perhatian
Malaysia sedang mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif, tetapi sebelum direalisasikan, ada beberapa faktor penting yang perlu diambil kira.

Dua lelaki positif dadah ditahan selepas pecut 7km dari polis
Cubaan dua lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah melarikan diri daripada polis sejauh tujuh kilometer berakhir apabila mereka akhirnya berjaya ditahan.

Keith Foo, Riena Diana akui ada hubungan istimewa
Riena Diana berkata dia telah memilih untuk memfokuskan dirinya bersama Keith Foo dan meminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat hubungan itu.

Irene Deanna jawab spekulasi hubungan dengan Syamsul Yusof
Usahawan dan wanita yang dikaitkan sedang rapat dengan sutradara terkenal Syamsul Yusof, Irene Deanna tampil menjelaskan hubungan sebenar antara mereka.

PM Anwar terima kunjungan hormat Jusuf Kalla, bincang isu Palestin
Anwar dan Dr Wan Azizah menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla dan isterinya, Mufidah di Seri Perdana, Putrajaya, pada malam Khamis.

Anna Jobling tiada masa untuk bercinta - "Cinta saya hanyalah..."
Pelakon Anna Jobling memberitahu dia hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier seninya buat masa kini kerana enggan mensia-siakan usia mudanya dengan perkara tidak penting.

Singapura-Malaysia perlu tingkat kelestarian, tangani perubahan iklim dan ekonomi digital
Malaysia dan Singapura harus bekerjasama dalam bidang baharu seperti kemampanan, perubahan iklim dan ekonomi digital, melangkaui bidang kerjasama sedia ada.

Anwar sifatkan Vietnam sebagai rakan Malaysia paling akrab
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Vietnam sebagai rakan Malaysia yang paling akrab sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara lima dekad lepas.

Tekad baharu hubungan istimewa Malaysia-Indonesia
Kenaikan seorang Perdana Menteri di Malaysia, negara pertama yang akan dilawatinya adalah Indonesia.

'Saya ada ucap tahniah kepada dia' - Erra Fazira harap perkahwinan Shahir kekal ke jannah
Erra berkata, dia melihat Shahir sudah pun bersedia untuk bergelar suami dan berharap agar perkahwinan itu nanti merupakan satu ikatan yang akan berkekalan.

Hubungan Malaysia-Indonesia: Satu kerjasama dalam suasana mencabar
Hakikat bahawa Jokowi menjemput Muhyiddin dalam keadaan mencabar adalah bukti bagaimana kedua-dua negara meletakkan nilai yang sangat tinggi terhadap hubungan dua hala .