PENGARAH dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam enggan meletakkan sebarang sasaran kutipan pada filem terbaru terbitan Skop Production, KL Special Force.
Menurut Yusof Haslam, dia tidak mahu memberi sebarang tekanan kepada filem yang sedang ditayangkan itu kerana risau timbul perasaan riak kemudian hari.
"Kalau kita meletakkan sasaran kutipan, kita ibarat melangkaui kuasa Tuhan pula.
"Lagipun isteri saya ada berpesan, kalau kita buat filem, tak perlu letak berapa sasaran kutipan. Ia macam riak pula.
"Jadi kami hanya berserah dan berharap filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia.
"Biarlah penonton sendiri yang menilai kualiti filem yang dikeluarkan itu jika ia mencapai kejayaan yang tidak dijangkakan saya hanya mampu melahirkan rasa syukur sahaja," katanya kepada Astro Gempak.
Yusof Haslam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem KL Special Force di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Buat masa sekarang filem KL Special Force telah berjaya mendapat kutipan tayangan sebanyak RM9 Juta dalam masa 10 hari tayangan.
Filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Datuk Rosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force di pawagam seluruh sekarang.
Gempak
Thu Mar 22 2018

YUSOF: "Isteri saya ada berpesan, kalau kita buat filem, tak perlu letak berapa sasaran kutipan. Ia macam riak pula."

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

"Isteri pesan, tak perlu letak sasaran kutipan, takut riak"- Yusof Haslam
Pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam enggan meletakkan sebarang sasaran kutipan pada filem terbaru terbitan Skop Production, KL Special Force.