PENYANYI Ning Baizura memohon orang ramai agar tidak terus mengecam dan menuduhnya tidak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku di Palestin.
Jelas Ning, dia bukan sengaja mendiamkan diri daripada bersuara tentang isu 'All Eyes on Rafah' ketika siaran langsung baru-baru ini, namun dia perlu mengambil masa untuk menghadam situasi yang tular itu dengan rasional.
"Saya mengambil masa untuk menghadam selepas apa yang berlaku. Tetapi tidak perlulah melatah atau menghukum seseorang.
"Terpulanglah pada anda semua untuk fikir apa sahaja tentang diri saya, tetapi janganlah tutup periuk nasi saya.
“Apa yang saya buat ini adalah tulus Ikhlas datang dari hati. Kalau nak terima, terimalah. Yang penting, Allah SWT sahaja yang tahu," ujarnya.
Ning turut menegaskan dirinya antara selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan untuk Gaza dan bersolidariti untuk Palestin.
"Saya bukan hendak melakukan justifikasi terhadap apa yang saya lakukan untuk membantu mengisi dana tabung Palestin.
"Tetapi sebagai manusia, anda perlu menilai sesuatu perkara daripada kedua-dua pihak.
"Kita harus melihat dan selidik dahulu sebelum kita nak mengeluarkan kata-kata yang sangat keras di IG.
"Segelintir pengikut saya tampil bersuara. Terima kasih atas sokongan anda dan kepada mereka yang bukan peminat, macam-macam perkataan tidak baik dan tidak sedap yang keluar untuk ibu dan anak saya dengar yang bagi saya agak mengarut,” katanya. -Gempak
Gempak
Sat May 18 2024

NING BAIZURA: Saya mengambil masa untuk menghadam selepas apa yang berlaku. Tetapi tidak perlulah melatah atau menghukum seseorang. -Gempak

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.

Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.