KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan melaksanakan kontrak standard melibatkan kru, pelakon dan penerbit yang mengandungi klausa terperinci berhubung isu kerja lebih masa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata kontrak standard itu yang akan dilaksanakan pada tahun ini, bertujuan menyelesaikan isu kerja lebih masa dan perkara berbangkit lain yang berkaitan dengan kebajikan pekerja di belakang tabir.
"Kontrak standard ini memang telah dibincangkan di peringkat atasan lebih kurang setahun dua. Sekarang, ia sudah dalam peringkat perbincangan akhir. Insya-Allah, dalam tahun ini kita boleh laksanakan.
"Dalam kontrak standard itu, akan ada klausa seperti tangga gaji, tempoh waktu bekerja sehari dan insurans serta Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) supaya kebajikan pekerja ini terlindung," katanya kepada pemberita selepas program bual bicara bersama Ketua Pegawai Eksekutif Finas sempena Hari Kru Filem di sini hari ini.
Hari Kru Filem dianjurkan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) bagi meraikan sumbangan pekerja filem dalam sektor kerjaya pembikinan filem atau televisyen sejak dahulu hingga kini.
Azmir Saifuddin berkata beberapa perkara utama itu akan termasuk dalam klausa kontrak tersebut dan boleh dipakai oleh semua produksi atau projek yang membabitkan insentif Finas dan dalam industri.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya dengan kerjasama Perkeso akan mengadakan siri jelajah khususnya buat pekerja belakang tabir ini dalam masa terdekat, bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan mencarum dalam Perkeso.
"Saya difahamkan oleh Perkeso lebih kurang 4,000 daripada 25,000 pekerja belakang tabir yang telah mencarum. Masih banyak lagi yang perlu diuar-uarkan kepada industri supaya mereka tahu betapa pentingnya caruman itu.
"... sedangkan Perkeso sendiri ada pelbagai insentif baharu antaranya caruman RM25 setahun untuk perlindungan. Kadang-kadang, perkara itu tidak diketahui oleh orang dalam industri ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azmir Saifuddin berkata satu perbincangan dengan Kementerian Komunikasi akan dibuat berhubung pengisytiharan 1 Feb sebagai Hari Kru Filem.
"Saya sentiasa mengalu-alukan idea dan cadangan ini kerana kru itu penting...tanpa kru tiadalah industri. Kita akan berbincang dengan kementerian untuk jadikannya sebagai satu hari penting yang boleh dimasukkan dalam kalendar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024

Azmir berkata kontrak standard itu yang akan dilaksanakan pada tahun ini, bertujuan menyelesaikan isu kerja lebih masa dan perkara berbangkit lain yang berkaitan dengan kebajikan pekerja di belakang tabir. - Gambar fail/Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Isu kerja lebih masa: Finas akan laksana kontrak standard tahun ini
Finas akan melaksanakan kontrak standard libatkan kru, pelakon dan penerbit yang mengandungi klausa terperinci berhubung isu kerja lebih masa.

Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif
Finas akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif.

FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.

Azmir Saifuddin dilantik sebagai CEO Finas
Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa esok.

Senator Zurainah dilantik Pengerusi FINAS, Mohamad Salim Pengerusi Interim MCMC
Senator Datuk Seri Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Jun 2024.

Kejayaan Kampung Latah Kena Kuarantin jadi tanda aras inisiatif dana kerajaan - Finas
Kampung Latah Kena Kuarantin jadi pemangkin dan nilai tambah kepada pembangunan karya filem tempatan.

Finas serbu produksi jalankan penggambaran
Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pihak berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 22 (1) Akta FINAS 1981 (Akta 244).

Festival Filem Malaysia ke-31 berkonsepkan norma baharu, Oktober ini
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersetuju dengan cadangan untuk penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang dijangka pada Oktober depan.

Eizlan Yusof terajui Skim Wajib Tayang Finas
Datuk Seri Eizlan Yusof dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), berkuat kuasa mulai 15 Mac 2021 hingga 22 Mei 2022.

Penyelewengan Dana Kandungan Digital, 9 syarikat masih gagal dikesan - FINAS
FINAS mendedahkan setakat ini masih ada sembilan daripada 44 buah syarikat produksi yang masih gagal berhubung dengan pihaknya.