BARISAN pelakon ternama antarabangsa seperti Jackie Chan, John Cena, Rose Byrne, Seth Rogen disenaraikan akan membintangi filem legenda kanak-kanak, Teenage Mutant Ninja Turtles yang baharu.
Dilaporkan Chan akan menjadi alih suara bagi watak Splinter, manakala Byrne bagi watak Leatherhead dan Cena untuk watak Rocksteady serta Rogen mengalih suara bagi watak Bebop.
Rogen yang juga penerbit filem 'Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem' bakal mengumumkan barisan pelakon utama seperti Micah Abbey, Shamon Brown Jr, Nicolas Cantu dan Brady Noon.
Mereka bakal mengalih suara watak Donatello, Michaelangelo, Leonardo dan Raphael.
Pengumuman itu akan dilakukan di pentas Nickelodeon Kids' Choice Awards bagi memperkenalkan seluruh barisan pelakon yang terlibat.
Selain itu, filem ini akan disertai oleh Hannibal Buress yang akan mengalih suara watak Genghis Frog, Ice Cube sebagai Superfly, Natasia Demetriou sebagai Wingnut, Ayo Edebiri sebagai April O'Neil, Giancarlo Esposito sebagai Baxter Stockman, Post Malone sebagai Ray Fillet, Paul Rudd sebagai Mondo Gecko dan Maya Rudolph sebagai Cynthia Utrom.
Filem ini mendapat sentuhan sutradara Jeff Rowe dan dijangka menemui penonton pada 4 Ogos tahun ini.
Agensi
Mon Mar 06 2023

Barisan pelakon ternama antarabangsa seperti Jackie Chan, John Cena, Rose Byrne, Seth Rogen disenaraikan akan membintangi filem legenda kanak-kanak, Teenage Mutant Ninja Turtles yang baharu.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Jackie Chan, John Cena bakal alih suara watak Teenage Mutant Ninja Turtles
Jackie Chan, John Cena, Rose Byrne, Seth Rogen antara nama besar alih suara filem Teenage Mutant Ninja Turtles yang baharu.

'Baby Shark' bakal ke Malaysia!
Pastikan anda temui keluarga jerung kegemaran anda pada 9 dan 10 Disember ini di Highstreet, One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya.

Megan Fox akan bintangi filem 'Ninja Turtle' baru
Megan Fox akan membintangi filem -Teenage Mutant Ninja Turtles- terbaru yang bakal ditayang pada Mei 16, 2014.