PELAKON Zulin Aziz menyeru para pempengaruh media sosial untuk tidak berdiam diri dan terus menyebarkan kesedaran mengenai apa yang telah berlaku di bumi bergolak Palestin.
Menurut Zulin, para pempengaruh seharusnya memanfaatkan pengaruh mereka demi menyebarkan kebaikan.
“Memang lain orang lain cara. Tak post tak bermakna tak sokong, dik. Yang doa dan sumbang secara senyap pun sokong, Allah saja tahu. Betullah tu.
“Tapi minta jasa baik awak-awak yang ada followers banyak tu sebarkan. Sebab awak-awak ni ada banyak pengikut. Awak banyak pengikut dan berpengaruh, dik.
“Bukan suruh tunjuk awak donate dan tunjuk dekat satu dunia awak bagi sumbangan. Ni bukan kes nak menunjuk mampu tak mampu ke,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon drama Cekelat Semanis Honey itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, tindakan ini setidak-tidak boleh dijadikan usaha untuk menentang fitnah-fitnah yang telah dilemparkan oleh pihak Israel dan sekutu-sekutunya.
“Minta awak post pasal Palestin sebab kat luar sana tu macam Israel ni post memfitnah.
“Kita tak mampu pi perang. Dekat media sosial ni pun kita boleh bantu. Kita boleh jadi askar kat media sosial ni untuk sebarkan kebenaran.
“Kita boleh berdiam sebab dalam diam kita, kita doa kita bantu, betul tapi kalau kita ada kelebihan apa salahnya kita sebarkan melalui media ni kan?” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Zulin turut berpadangan individu yang berpengaruh ini juga secara tidak langsung boleh menjadi asbab untuk orang lain turut menyampaikan kebaikan.
“Sepanjang aku post kat Instagram Stories, atau feed, ramai pengikut yang repost. Itu yang kita nak, dik.
"Apa kita buat, kadang orang ikut. Kadang orang terbuka hati bila kita menyampaikan.
“Mereka dapat, mereka pula sampaikan. Itu tujuan dia, dik.
"Berlapang dada dan cuba fahamkan. Tak marah, tak paksa. Kalau terbuka hati Alhamdulillah,” ulasnya lagi.
Bagaimanapun, Zulin tetap faham mengapa segelintir pihak memilih untuk berdiam diri untuk bercakap mengenai konflik Israel-Palestin ini.
Malah, Zulin turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak menyebarkan kebencian buat mereka yang berbeza pendapat di dalam isu ini. -Media Hiburan
Media Hiburan
Thu Oct 19 2023

Zulin Aziz menyeru para pempengaruh media sosial untuk tidak berdiam diri dan terus menyebarkan kesedaran mengenai apa yang telah berlaku di bumi bergolak Palestin. -Media Hiburan

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Angka korban di Gaza melebihi 48,300 orang, lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan
Jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Setiausaha Agung OIC komited pertahan perjuangan Palestin, hak minoriti Islam
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha menegaskan komitmen organisasi itu dalam mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.