Selepas empat dekad dalam gelanggang muzik tanah air bermula dengan Bintang RTM pada 1979, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berhasrat membukukan kisah hidupnya.
Menurut bintang legenda ini, hasrat untuk menghasilkan biografi sudah lama dipendamnya.
“Selama 40 tahun dalam bidang seni, saya memang berhasrat untuk menerbitkan biografi tentang diri saya.
“Cuma bila biografi, tentu ada kisah yang positif dan yang negatif, kisah yang negatif tu saya tak mahu diungkitkan lagi.
“Kalau ada mana-mana penulis yang sudi menulis kisah hidup saya boleh hubungi saya untuk kita berbincang,” katanya kepada Astro AWANI selepas sidang media Malam Amal Pengasih @cintamanis.
Pelantun lagu ‘Kekasih Awal dan Akhir’, ‘Penghujung Rindu’ dan banyak lagi, harapannya penerbitan biografi itu kelak peminatnya akan memberi sokongan.
Mengulas mengenai Malam Amal Pengasih yang bertujuan mengutip dana bagi lokasi baru Pengasih di Bentong itu, Jamal menjelaskan, persetujuannya untuk muncul di majlis makan malam Pengasih itu sebagai membalas jasa pusat pemulihan itu padanya.
“Tempat ini banyak berjasa kepada saya selama ini. Lima tahun saya duduk sini, tak buat apa pun, jadi penglibatan saya dalam Malam Amal Pengasih ini kerana membalas jasa mereka,” katanya.
Malam Amal Pengasih @cintamanis akan diadakan pada 17 November nanti di Hotel Istana.
Pada majlis itu nanti, Jamal dan artis terkenal, Man Bai akan mengadakan persembahan yang bertujuan mengutip dana untuk membiayai pembinaan pusat pemulihan Pengasih yang akan berpindah ke Bentong.
Irwan Muhammad Zain
Wed Sep 18 2019
Pengalaman selama 40 tahun dalam bidang seni mahu dikongsi Jamal Abdillah dalam autobiografinya. - Gambar Astro AWANI
Somalia bantu AS pertahan negara daripada ISIS
Somalia menerusi pasukan keselamatan puntland dilaporkan menawan beberapa lokasi penting yang didakwa menjadi sarang operasi kumpulan pelampau ISIS di wilayah itu.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Ungku Attufayl Adl nama pilihan untuk anak ketiga Jihan Muse
Nama unik anak ketiga Jihan Muse dan Ungku Hariz jadi perhatian.
Amaran White House: Tarif akan dinaikkan jika Mexico, Kanada atau China bertindak balas
Perintah eksekutif ini boleh memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan.
UFC: Nassourdine Imavov cipta kejutan tumbangkan Israel Adesanya dalam pusingan kedua
Keputusan itu juga menyaksikan rekod kekalahan Adesanya dalam kategori middleweight berpanjangan kepada tiga perlawanan berturut-turut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Borneo
- Sidang Parlimen dibuka esok, titah Agong tumpuan utama
- Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
#AWANIpagi #AWANInews
Polis pukul pemilik kolam selepas ditegur jangan memancing
Satu laporan polis telah di buat di balai polis Takalar. Polis kini sedang menyiasat berhubung insiden tersebut.
Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina
Penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.
Kisah Britney Spears dalam buku memoir The Women in Me bakal dijadikan filem biopik
Buku memoir berjudul The Women in Me diterbitkan pada 24 Oktober 2023 menjadi antara buku autobiografi terlaris dengan lebih tiga juta salinan terjual seluruh dunia.
Orang ramai sanggup beratur untuk beli buku Putera Harry
Kedai-kedai di seluruh negara dibuka pada 12 tengah malam Selasa untuk pelancaran rasmi memoir kontroversi Putera Harry bertajuk 'Spare'.
Jamal Abdillah berhasrat bukukan kisah hidupnya
Selepas empat dekad dalam gelanggang muzik tanah air bermula dengan Bintang RTM pada 1979, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berhasrat membukukan kisah hidupnya
Sedutan filem 'Diana' dilancarkan
Filem ilham dari autobiografi 'Diana: Her Last Love' tulisan Kate Snell bakal ditayangkan pada September ini.