Keletah 'Atan', budak lelaki yang sering membuli datuknya, masih mencuit hati penonton walaupun selepas lebih 44 tahun pelawak terkenal Datuk Jamali Shadat menggayakan serta melontarkan suara kanak-kanak itu.
Nyata, usia emasnya tidak menghalang Jamali untuk terus melakonkan aksi 'Atan' yang sinonim di dalam dirinya malah jenakanya amat dinantikan oleh peminatnya.
Ini terserlah ketika beliau menjayakan program 'Sebutir Bintang di Taman Seni' di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) baru-baru ini bersama-sama rakan karibnya Hamid Gurkha (watak datuk) anjuran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) dengan kerjasama Bernama Lifestyle & Youth.
Aksi 'Atan' yang bagaikan 'budak baik' tetapi membuli datuknya mengundang tawa penonton malah sikap Atan yang 'bodoh-bodoh alang' tampak begitu jujur.
Sepanjang 44 tahun penglibatannya dalam komedi lawak, Jamali banyak membudayakan lawak keharmonian hubungan antara kaum malah menyatukan mereka dalam jenakanya.
Sungguhpuh sudah mencecah usia 73 tahun, beliau masih tampak segak walau dirinya kian dimamah usia malah mengakui tidak menghidap sebarang jenis penyakit seperti yang biasa dialami oleh insan seusianya.
Sebelum ini, penulis menziarahi Jamali di rumahnya di Kampung Datuk Razali, Pulau Indah, Klang bagi bertanya khabar di samping berkongsi cerita terbaru pelawak tersohor itu.
"Watak Atan memang dah jadi kebiasaan untuk dibawa bersama datuknya hingga saya dikenali oleh seluruh lapisan masyarakat," katanya yang juga sinonim dengan karektor 'Atuk'.
Jelasnya, mesejnya ialah perpaduan dan setiap isu semasa yang berlaku disekelilingnya akan menjadi bahan ceritanya namun disampaikan dalam gaya, intonasi suara dan mimik muka yang melucukan.
"Misalnya suatu ketika dahulu (sekitar tahun 1980 an),Malaysia pernah dilanda banjir besar, saya akan menyatukan kaum Melayu, Cina dan India melalui tragedi itu dengan berlawak," katanya.
Jamali menjelaskan, kebolehannya mengajuk pelbagai bahasa diperolehi setelah beliau banyak bercampur dengan pelbagai kaum sejak dari zaman kanak-kanaknya.
"Saya boleh ajuk bahasa India kerana pernah bekerja di estet suatu ketika dahulu, bahasa Cina kerana pernah bekerja dengan majikan Cina di sebuah kedai runcit.
"Saya boleh bercakap Jawa sebab saya memang orang Jawa, ayah dan datuk saya memang keturunan Jawa," katanya.
Mengulas mengenai kehidupan kini, Jamali menyatakan banyak menghabiskan masa dengan aktiviti di kampungnya dan memenuhi undangan berlawak sekiranya ada.
Bernama
Fri Mar 27 2015

Jamali dalam wawancara khas selepas menjayakan program "Sebutir Bintang Di Taman Seni" anjuran YA1M di Matic baru-baru ini. - fotoBERNAMA

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sultan Selangor zahir takziah kepada keluarga Allahyarham Jamali Shadat
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Jamali Shadat.

Allahyarham Jamali Shadat pelopor 'standup comedy' di negara ini - Afdlin Shauki
Sewaktu memasuki bidang seni ini, saya sering menjadikan Allahyarham sebagai idola saya

Jamali Shadat sering pesan simpan duit untuk hari tua - Abon
Abon turut mengimbau sikap Allahyarham yang sentiasa mempunyai perancangan kewangan yang baik untuk hidupnya.

Pelawak veteran, Jamali Shadat meninggal dunia
Pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78 tahun, meninggal dunia hari ini.

Jamali Shadat semakin pulih, sudah ada selera makan
Jamali juga seolah-olah seperti hilang semangat dan lebih banyak termenung seorang diri.

Jamali Shadat - Pelawak malar segar
Keletah 'Atan', budak lelaki yang sering membuli datuknya, masih mencuit hati penonton walaupun selepas lebih 44 tahun Jamali menggayakan serta melontarkan suara kanak-kanak itu.