KUALA LUMPUR:Pelawak veteran, Allahyarham Datuk Jamali Shadat sentiasa dikenang sebagai seniman yang sentiasa berpandangan jauh ke hadapan berbanding yang lain.
Menurut pelakon dan pelawak terkenal, Shahrizan Ahmad atau Abon, selain itu Allahyarham juga dianggap sebagai guru kepada penggiat seni yang lain.
Abon mengimbau sikap Allahyarham yang katanya sentiasa mempunyai perancangan kewangan yang baik untuk hidupnya.
“Saya banyak belajar daripada Allahyarham, kalau masa penggambaran kami ada beberapa kali bersembang, kata dia kita bila zaman kegemilangan ini kena banyak menyimpan dan berjimat. Saya tahu dia sendiri mempunyai hampir 10 rumah sewa di Pulau Indah (Klang) itu.
“Allahyarham berjaya mengumpul harta dan membina karier, bila kita lihat macam itu kita pun ‘berakit-rakit, berdikit-dikit’ menyimpan, sehingga saya berjaya ada tanah dan buat rumah hasil simpanan saya sebagai anak seni,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Pelawak veteran, Jamali Shadat meninggal dunia
Selain mempunyai album nyanyian, lawak-lawak Allahyarham juga direkodkan dalam bentuk piring hitam sehingga ada peminat yang menjadikan sebagai koleksi.
“Apa yang saya lihat Allahyarham mempunyai bakat luar biasa, dia merupakan seorang pelawak stand up komedi dengan pelbagai idea bercerita yang mempunyai mesej tersurat dan tersirat, dan watak Atan yang dibawa juga dibawa bersama suara kanak-kanak itu.
“Pada 1980an, Jamali Shadat jadi persaingan hebat semasa itu kepada artis-artis sezamannya, kerana biasa album nyanyian orang rekod, Jamali Shadat menghasilkan rekod album lawaknya dalam piring hitam, dan ada yang mengumpul siri stand-up komedinya,” cerita Abon.
Allhayarham Jamali Shadat, meninggal dunia pada usia 78 tahun sekitar jam 8:15 pagi Rabu di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang.
Perkara berkenaan disahkan oleh anak Allharyarham, Fauzi Jamali.
Azyyati Ahmad
Wed Feb 03 2021

Abon (gambar) mengimbau sikap Allahyarham yang katanya sentiasa mempunyai perancangan kewangan yang baik untuk hidupnya. - Foto Astro AWANI
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

Kematian kanak-kanak tercekik 'gummy' tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Lelaki warga emas terkunci dalam bilik air ditemui meninggal dunia
Pihak JBPM Perak menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.14 pagi.

Kanak-kanak tercekik gula-gula 'gummy' meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula jenis gummy, meninggal dunia malam ini.

“Assalamualaikum…” - Ibu kenang 5 tahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair
Ibu Allahyarham Ashraf , Dida Sinclair mengenang pemergian anak yang meninggal dunia kerana serangan jantung.

Suami maut ditikam isteri akibat selisih faham
Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang, semalam.

Tiga anak Allahyarham Muhammad Basir terima bantuan tunai Tabung Kasih@HAWANA - Fahmi
Tiga anak bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar menerima bantuan wang tunai menerusi Tabung Kasih@HAWANA.

Lelaki meninggal dunia ketika panjat pokok durian
Lelaki dikenali sebagai Fauzi itu sempat mengadu sakit perut ketika kejadian di Kebun Durian Desa Telemung, Indonesia.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.

Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Zaquan tidak memaklumkan berhubung punca kematian anak lelakinya itu.