PELAKON Ika Nabella menegur dan menasihati orang ramai agar tidak bermain dengan sentimen berbaur body shaming dalam kes perbicaraan Siti Bainun dan adik Bella yang sedang hangat ketika ini.
Kata Ika, tidak adil untuk meletakkan hukum secara umum kepada individu bersaiz besar hanya disebabkan seorang individu semata-mata.
"Bila kamu terlalu marahkan Bainun tolong jangan point out penampilan dia. Ia menunjukkan betapa rendahnya mentaliti kamu.
"Jangan pula tersinggung dengan teguran umum ini, sebab yang jahat itu dia bukan saiz badan dia dan bayangkan orang lain bersaiz seperti Bainun baca apa mereka rasa?
"Mereka akan rasa teruk dengan saiz mereka padahal tak minta pun hidup saiz begitu," tegas Ika.
Isu buli dan body shaming tambah Ika mungkin akan menjadi faktor pendorong kepada tindakan seseorang untuk 'membuli balik' individu lain.
Malah, Ika sendiri pernah mengenali individu yang berperwatakan berbeza di sekolah dan rumah akibat dibuli.
"Pernah terfikir tak penyebab body shaming kepada individu tertentu? Mungkin apa yang terjadi kepada Bella salah satu daripadanya.
"Orang yang tak kuat imannya akan mencari seseorang yang lebih lemah untuk memenuhi tuntutan amarahnya. Nampak jelas kan?
"Saya pernah mengenali seseorang, di sekolah dia baik sebab saya satu-satunya kawan yang dia ada.
"Orang lain sangat jahat kepada dia tapi bila pergi rumah dia saya terkejut dia menjadi individu berbeza terutama kepada pembantu rumahnya. Kami baru berusia 11 tahun ketika itu.
"Sesetengah orang rasa tertekan bila orang body shaming dan mereka akan mencari individu yang tidak ada kuasa, atau lemah di mata mereka untuk rasa lebih selamat.
"Betulkan kalau salah ya," tambahnya.
Sehingga kini, kes penderaan remaja sindrom down, Bella yang didakwa menjadi mangsa dera oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sedang hangat menjadi bualan dalam kalangan warganet.
Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja down syndrome dikenali sebagai Bella yang mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sun Apr 17 2022

Ika Nabella menegur dan menasihati orang ramai agar tidak bermain dengan sentimen berbaur body shaming dalam kes perbicaraan Siti Bainun dan adik Bella yang sedang hangat ketika ini. -Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.

Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.

Tohmahan pihak Siti Bainun kes abai, aniaya Bella tanpa asas - Mahkamah
Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa terdapat tohmahan yang tidak berasas oleh pihak Siti Bainun Ahd Razali terhadap Hakim Mahkamah Sesyen.

Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.

Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.

Tulang manusia ditemui di lokasi penemuan rangka Bella sah miliknya
Keputusan mengenai tulang ditemukan itu sudah diperolehi dan mereka sekeluarga dimaklumkan ia milik arwah Bella atau Mila Sharmila Samsusah.

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.

Tulang paha, betis dan keting dipercayai milik Bella perlu diurus dengan cermat - Mufti
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, tulang manusia yang ditemui selepas jenazah dikebumikan wajib dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan.

Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik
Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.